Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Lagu Hazama, Akim Antara...

LAGU dendangan bekas pelajar Akademi Fantasia (AF), Akim dan Hazama antara yang tersenarai...

Cahaya Misteri ‘Terkam’ Teksi...

BAYANGKAN ketika anda sedang memandu bersendirian, tiba-tiba muncul pula sesuatu 'benda' cuba melintasi...

Pasukan Khas Siasat Sindiket...

PUTRAJAYA - Pasukan khas akan ditubuhkan bagi menjalankan siasatan terhadap kumpulan yang terlibat...

Syarikat Perkapalan Saman Ayob...

KUALA LUMPUR - Sebuah syarikat perkapalan yang beralamat di Cook Islands menuntut ganti...

Hidup Terhimpit, Achey Tak Pernah Jenguk – Balu Harun Salim Bachik

PEMERGIAN pelawak Harun Salim Bachik ke Rahmatullah ternyata memberi tamparan hebat buat isteri dan anak-anaknya yang terpaksa mengambil keputusan pulang ke kampung halamannya di Kulim, Kedah ekoran tidak mampu menanggung kos sara hidup yang tinggi di ibu kota.

Apa yang lebih mengejutkan, balu Harun iaitu Surianti turut mendedahkan bahawa kenyataan pelawak yang juga anak didik arwah suaminya, Achey dalam sebuah portal hiburan kononnya sering bertanya khabar mereka adalah tidak benar.

achey

“Hidup kami sempit dan lebih terkilan apabila kawan-kawan arwah menjauhkan diri kecuali Afdlin Shauki sahaja yang beri bantuan untuk persekolahan anak-anak saya.

“Saya ada terbaca kenyataan Achey baru-baru ini kononnya dia sering bertanya khabar dengan anak-anak saya, namun sebenarnya tidak pernah pun. Datang menjenguk kami pun tidak pernah.

“Dia (Achey) ada buat kenyataan yang dia sudah serah semua share perniagaan yang dikongsi bersama arwah sebelum ini kepada keluarga dan hal itu pun saya tidak tahu kerana mereka sudah removed saya dari grup perniagaan tersebut,” ujarnya.

Dalam pada itu, Surianti memberitahu, usahanya mahu berniaga di karnival-karnival yang dianjurkan oleh pihak tertentu atas tiket isteri artis juga tidak dilayan.


Lantaran kesempitan itu,  Surianti terpaksa mengadai semua barang-barang kemasnya dan mengambil keputusan untuk pulang ke kampung untuk membesarkan anak-anaknya.

surianti

Allahyarham Harun Salim Bachik  dan Surianti berkahwin pada tahun 2000. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Siti Hazeera Sofea, 12, Hakeem Sufy Al-Rashid, 14.

Sebelum ini, Harun pernah berkahwin dengan Martinah Ahmad dan dikurniakan empat orang anak.  Namun perkahwinan pertama itu tidak bertahan lama. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: mStar Online

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=3CsFhvv7IW0]

1 komen

  1. Dah 2 thn menjadi balu.. Mmg awal2 pemergian arwah suami Ada beberapa Kawan ofis nya bertanya khabar. Tapi Kawan yg baik, Yg disanjung, Yg selalu dia kunjung entah kemana… Mmg begit resam Kawan… Bila berada mereka dtg dekat… Kalau dah xada tinggal la melarat

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori