Sunday, January 5, 2025

Creating liberating content

PRN: Azmin Sengaja Tak...

KUCHING - Alkisahnya kecoh jentera siber PKR mencanangkan ke seluruh alam bahawa kononnya...

Wany Terkejut Mahu ‘Dilamar’...

PENYANYI Wany Hasrita terkejut apabila penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah meluahkan hasrat untuk...

Pelajar Terkedu Jumpa Pengemis...

APABILA berhadapan dengan pengemis, sudah tentu mereka akan meminta-minta bukan sahaja duit, malah...

Tiada Hasrat Naikkan Had...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak berhasrat untuk menaikkan had laju kebangsaan yang telah...

Ibu Kecewa, Kubur Bayinya Diselongkar Pencuri

SEORANG wanita mungkin terpaksa mengorek semula kubur bayinya yang meninggal dunia enam tahun lalu selepas barang-barang mainan yang ditinggalkan di kubur berkenaan menjadi mangsa pencuri.

Tracey Bolton, dari Chaddesden, Derbyshire, amat sedih apabila bayinya, Jamie Godrich meninggal dunia ketika berusia hanya enam minggu.

Sejak itu dia akan mengunjungi kubur bayinya itu dan meletakkan bersama mainan di situ. Namun dia terkejut kerana barang mainan tersebut turut dicuri.

Memikirkan akan keadaan itu Tracey, 42, dan pasangannya Mark Godrich, 37, bercadang untuk memindahkan kubur bayi mereka ke tempat lain.

Tracey mempunyai seorang anak lelaki, Lian berusia 10 tahun dengan Mark, juga memiliki anak-anak remaja lain hasil perkahwinannya sebelum ini.


“Pencuri tidak berhati perut itu telah mencuri barang mainan bayi saya dan ia amat menjijikkan. Mereka langsung tidak ada perasaan,’’ katanya.

Jelasnya, dia meletakkan barang mainan berkenaan kerana tidak sempat melihat bayi tersebut membesar.

“Kecurian itu berlaku sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Ia bukan mengenai nilai wang tetapi lebih kepada nilai sentimental,’’ katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori