Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Stesen Radio Didakwa Hina...

KUALA LUMPUR - Satu laporan polis dibuat oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO)...

3 Juara Dunia Pembawa...

KUALA LUMPUR - Tiga juara dunia diberi penghormatan untuk membawa bendera ketika perarakan...

Sanggup Pakatan Harapan Khianat...

MENGEJUTKAN betul kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini...

Pois Jumpa Mayat Lelaki...

MUAR - Polis menemui mayat seorang lelaki tersangkut di semak tebing Sungai Muar...

Ibu Tiru Anak Untuk Belajar Berjalan, Bercakap Selepas Koma

SEORANG wanita yang mengalami kerosakan otak selepas melahirkan anak pada 2012, telah belajar untuk bercakap dan berjalan semula dengan meniru apa sahaja yang dilakukan oleh anak perempuannya.

Rachel Harry sebelum ini dijangkakan doktor hanya punyai masa dua jam sahaja untuk hidup selepas jantungnya terhenti selama 20 minit.

Namun Rachel berjaya mengharunginya meskipun koma selama seminggu. Dia juga terpaksa menghabiskan masa berbulan-bulan di katil hospital.

Doktor turut mengesahkan Rachel tidak akan mampu untuk berjalan, makan atau bercakap.

Adalah menakjubkan apabila hidup Rachel terus berubah selepas dia menyaksikan anaknya membesar dan dari situ Rachel meniru bagaimana anaknya itu, Freya belajar berjalan, makan dan membaca.

Apabila Freya baru belajar berjalan, Rachel juga menirunya dan ketika kanak-kanak itu belajar menyanyi, dia turut menyertainya.


Keadaan berkenaan menyebabkan seluruh anggota keluarga terharu dan gembira kerana Rachel berjaya melakukannya meskipun doktor memberitahu sebelum ini, dia sudah tiada lagi harapan.

Rachel kini menetap bersama ibunya, Karan Harry dan wanita itu menjaga kedua-dua beranak tersebut.

“Setiap kali Rachel memandang Freya, dia akan tersenyum dan saya tidak akan membiarkan mereka berpisah.

“Bapa Rachel iaitu Paul amat menakjubkan. Dia menghabiskan tenaga untuk meminta bantuan bagi membolehkan dia mendapatkan pakar fisioterapi yang terbaik untuk anaknya,’’ kata Karan.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori