Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

49 Pelajar SMK Sungai...

SUNGAI PETANI - Seramai 49 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Layar di sini...

Covid-19 (27 Jun): 2,003...

Sebanyak 2,003 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,556,664.Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, InstagramJumlah...

2 Maut Kereta Terbalik...

GEORGE TOWN - Dua individu maut selepas kereta yang dinaiki mereka dipercayai terbabas...

Daulat Tuanku! Demi Agama,...

KUALA LUMPUR – Nampaknya pengumuman Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang Malaysia...

Iklan Qu Puteh Datuk Seri Vida Monopoli Stesen TV

SEMEMANGNYA penajaan sesebuah program televisyen merupakan antara salah satu daripada strategi pemasaran yang berkesan bagi sesebuah perniagaan.

Itulah yang menjadi antara intipati pengasas produk kecantikan, Datuk Seri Dr. Hasniza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida dalam memastikan agar produknya sentiasa mendapat perhatian pelanggan sasaran.

Yang lebih membanggakan ialah apabila beliau mampu menaja dua program hiburan berlainan saluran TV yang ditayangkan serentak pada malam Ahad lalu.

Ini kerana lazimnya, penajaan program hiburan tempatan lebih banyak dimonopoli produk kosmetik antarabangsa sebelum usahawan Melayu mula mengorak langkah mengadaptasikan cara itu sebagai salah satu daripada promosi mereka.

Dan Datuk Seri Vida adalah salah seorang daripadanya!

Walaupun kejayaannya dalam membeli slot iklan berjaya membuka mata orang ramai, namun tidak kurang juga ada yang mencemuhnya berkenaan iklan catchy yang diketengahkannya itu.

Mengulas mengenai hal itu, Datuk Seri Vida ada alasannya tersendiri kenapa beliau bertindak sedemikian selepas pernah mengalami kerugian besar sebelum ini.

“Rasanya sudah berjuta-juta saya rugi akibat menaja dan buat iklan yang tidak menjadi. Sebab itu biarlah saya nak taja AJL dan Gegar Vaganza, saya sudah tekad, stesen TV kena ikut cara saya.


“Saya yang bagi idea semua sebab saya sudah belajar dari kesilapan lalu. Biasanya saya berdoa tidak kira waktu dan tempat sebanyak 20 kali sehari. Macam waktu taja AJL29, saya berdoa lebih 50 kali. Saya redha dan tawakal.

Alhamdulillah, iklan saya hari ini jadi sebutan ramai. Permintaan dan jualan melonjak hari-hari sampai saya kehabisan stok dan terpaksa mengagihkan produk kepada stokis secara kuota,” katanya dipetik Malaysia Gazette.

Personaliti yang popular dengan tagline, ‘Qu Puteh, Qu Puteh, Barulah Putih’ ini juga tidak lokek berkongsi rezeki apabila beliau dengan bermurah hati ingin menaja ibadah umrah penyanyi yang tersingkir Gegar Vaganza 2 baru-baru ini, Nizam Laksamana dan isterinya pada hujung tahun ini.

Tersingkir Gegarvaganza, Nizam Dapat Rezeki Tunai Umrah

Semoga Datuk Seri Vida sentiasa dimurahkan rezeki di atas sikapnya yang suka bersedekah itu selain perniagaan Qu Putehnya akan terus menyinar di masa akan datang. – MYNEWSHUB.CC

Iklan Qu Puteh – Million Cell

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori