Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Video: Cahaya Misteri ‘Menari’...

SEORANG penduduk di Greenwood, Indiana, Amerika Syarikat telah berjaya merakam video cahaya misteri...

7 Ditahan Terlibat Sindiket...

KUALA LUMPUR - Polis berjaya menyelesaikan 55 kes penipuan pinjaman di seluruh negara melibatkan kerugian dianggarkan RM220,000 dengan tertangkapnya tujuh individu yang dipercayai ...

Indonesia Makin Galak Tarik...

LAWATAN lima kali Presiden Indonesia, Joko Widodo ke China sejak 2015 ternyata membuahkan...

Akta Imigresen Perlu Dipinda...

PORT DICKSON - Akta Imigresen perlu dipinda bagi memperluaskan lagi skop dan tugas...

IKRAM Lancar Kempen Generasi Bebas Vape

KUALA LUMPUR – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengadakan kempen Generasi Bebas Rokok dan Vape bagi menyedarkan orang ramai tentang bahaya penggunaan rokok dan vape.

Pemangku Yang DiPertua Persatuan Kesihatan IKRAM, Prof Dr. Oteh Maskon berkata, IKRAM menyokong pengharaman vape kerana ia memberi kesan yang buruk kepada pengguna dalam jangka masa panjang.

“IKRAM Health akan menyokong langkah-langkah dan usaha-usaha ini dengan jalinan serta kerjasama dengan semua pihak. IKRAM lepas telah menubuhkan Unit Bantuan Berhenti Rokok dan Vape untuk kempen ini.

“Vape seperti mana rokok dan produk tembakau lain ada kesan buruk seperti ketagihan, keracunan, kesihatan jangka panjang dan keselamatan kepada masyarakat umum,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.


Oteh berkata, kempen Generasi Bebas Rokok dan Vape akan disebarluaskan ke seluruh tanah air secara berperingkat dan ia dijalankan melalui cara berhemah.

Katanya, kempen itu juga bagi mengajak umat Islam menghormati fatwa tentang pengharaman rokok dan vape yang telah dibincangkan dan diputuskan secara syarak. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori