Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Koala Mungkin Akan Pupus...

SYDNEY : Beruang koala telah diisytihar sebagai spesies terancam pada Jumaat.Kerajaan Australia membuat...

Panggil Bomba Turunkan Mayat...

EKORAN gagal membawa keluar mayat wanita sebarat 200 kilogram menggunakan tangga, sepasukan bomba...

BNM Cadang Keluar Sehingga...

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia bercadang mengeluarkan sehingga lima lesen bank digital...

PM Laos Menamatkan Lawatan...

SEPANG - Perdana Menteri Laos Dr Thongloun Sisoulith berlepas pulang hari ini selepas...

IPTS Bawah KKLW Diberi Kuasa Larang Atau Tak e-Rokok Di Kampus

PUTRAJAYA – Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah diberi kuasa penuh jika ingin menguatkuasakan larangan rokok elektronik (e-rokok) atau vape di kampus masing-masing.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kementerian tidak mempunyai sebarang dasar berhubung penggunaan e-rokok atau vape.

“Apa juga keputusan saya serah kepada mereka (IPTS) di bawah kementerian, mereka boleh buat keputusan,” katanya kepada pemberita selepas majlis konvokesyen ke-32 Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) di sini hari ini.

Ismail Sabri diminta mengulas sama ada kementerian berhasrat mengikut jejak Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang menguatkuasakan larangan penggunaan e-rokok atau vape di kampus mulai 1 Jan tahun hadapan.

Jumaat lepas, Naib Canselor USIM Datuk Dr Musa Ahmad dalam kenyataannya di Nilai berkata larangan itu dibuat kerana e-rokok adalah qiyas kepada rokok sebenar dan kenyataan pakar menunjukkan ia memudaratkan.

Sementara itu, Timbalan Presiden KPTM Ismail Junuh berkata pihaknya akan membuat kajian berhubung kesesuaian larangan e-rokok atau vape di kampus kolej berkenaan.


“Kita akan kaji perkara ini sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya yang kini menjalankan tugas Ketua Pegawai Eksekutif KPTM.

Konvokesyen ke-32 KPTM berlangsung selama tiga hari mulai hari ini sehingga 30 Nov membabitkan 5,809 graduan peringkat ijazah, diploma dan sijil profesional. – BERNAMA

 

[wpdevart_youtube]NvFRGe3QLq4[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • vape

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori