Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

15 Calon UPSR Keracunan...

BENTONG - Seramai 15 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang mengikuti program...

TFC II Rangkul Edisi...

KUALA TERENGGANU - Pasukan bola sepak Terengganu FC II (TFC II) muncul juara...

Fouziah Gous Pengacara Baru...

BAGAI rezeki datang bergolek, demikian tuah yang diperolehi pelakon jelita, Fouziah Gous apabila...

Misteri Video Tular ‘Polis’...

KECOH... Sejak semalam, netizen tempatan gempar dengan penularan video aneh yang papar aksi...

Israel Pindah Kucing, Anjing Terbiar Ke Negara Lain?

TEL AVIV – Cadangan seorang menteri kabinet rejim Israel supaya kerajaan Zionis itu segera memindahkan kucing dan anjing yang terbiar di negara Yahudi itu ke sebuah negara lain mencetuskan kemarahan pelbagai pihak.

Saranan kontroversi itu dikemukakan sebagai satu alternatif kepada usaha yang dibiayai pemerintah Israel untuk mengimbiri atau mengasi haiwan-haiwan itu yang didapati makin banyak berkeliaran mengganggu masyarakat.

“Gunakanlah bajet tahunan kerajaan kita itu untuk program pemindahan anjing dan/atau kucing terbiar ke sebuah negara asing, yang telah bersetuju untuk menerimanya,” tegas angkuh Menteri Pertanian Israel, Uri Ariel.

Perkara tersebut dinyatakan beliau dalam sepucuk surat yang dihantar kepada rakan sekerja Kabinetnya, dan kemudian didedahkan menerusi sebuah akhbar berbahasa tempatan, Yedioth Ahronoth baru-baru ini.

Cadangan berkenaan, yang menurut jurucakap Ariel bagaimanapun ditolak selepas rundingan awal Kementerian Pertanian Israel, dikecam oleh para aktivis kebajikan haiwan serta anggota politik pembangkang negara tersebut.

abandoned-dogs

“Saya tidak akan mohon pasport asing untuk Pitzkeleh,” kata ahli politik pembangkang dan mantan Menteri Ehwal Luar, Tzipi Livni menerusi laman Twitternya, sambil memuat naik gambarnya dengan kucing peliharaannya itu.


Menurut laporan akhbar itu lagi, Ariel yang turut dikenali sebagai kuat beragama dan merupakan anggota parti berhaluan kanan Jewish Home, berpendapat langkah mengimbirikan haiwan melanggar arahan tuhan mereka.

Malahan undang-undang Yahudi sendiri turut menentang kekejaman haiwan waima dengan apa cara sekali pun berdasarkan Akta Kebajikan Haiwan yang diluluskan oleh Kneseet atau sidang Parlimen Israel pada 1994 lalu.

Namun ketua pembangkang berhaluan kiri dari parti Meretz, Zahava Galon, menulis menerusi Facebook bahawa cadangan Ariel itu sebenarnya bercanggah dengan akhlak penganut Yahudi yang mengharamkan seksa haiwan.

Beliau secara berseloroh dalam laman sosial itu berkata bahawa sebaliknya: “Sudah tiba masanya menteri tersebut sendiri yang sepatutnya dipindahkan ke sebuah negara lain.” – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori