Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Guna ‘Ramuan Sendiri’ Lawan...

MELAKA - Ketua Jurulatih Malaysia, Nelo Vingada akan menggunakan "ramuannya sendiri” untuk menemui...

RM500,000 Untuk Naik Taraf...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperuntukkan RM500,000 untuk menaik taraf...

Video: Cabut Lari Lepas...

GEORGE TOWN - Seorang penunggang motosikal dirakam melarikan diri selepas melanggar seorang wanita...

Bantu Mangsa Banjir, WHAM...

KUALA LUMPUR - Satu majlis Tayangan Amal Perdana filem Isyarat Cinta akan dianjurkan...

Isu Air Di Johor Dijangka Selesai Sebaik Baraj Sungai Johor Siap

NUSAJAYA – Pembinaan Baraj Sungai Johor yang dijangka siap selewat-lewatnya Mei tahun depan, dijangka dapat mengurangkan catuan bekalan air di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, ini merupakan inisiatif terbaharu kerajaan negeri dalam menangani masalah bekalan dan catuan air di kawasan Pasir Gudang dan Pengerang, Kota Tinggi.

“Apabila siap, baraj ini dijangka dapat mengurangkan penerobosan air masin sekaligus meningkatkan takungan air bersih Sungai Johor sehingga 550 juta liter sehari.

“Keadaan ini turut membolehkan Sungai Johor membekalkan air bersih ke Empangan Sungai Layang dan menyelesaikan catuan air di Pasir Gudang dan Pengerang,” katanya di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di sini Isnin.

Beliau sebelum itu menjawab serentak tujuh soalan daripada wakil Barisan Nasional dan pembangkang berkenaan isu air dalam persidangan DUN.


Menurut Hasni, kerajaan sudah menerima peruntukan RM57 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) bagi menjalankan pelbagai usaha termasuk membina sebuah baraj di Sungai Johor serta menambah baik empangan di seluruh negeri.

Kata beliau, pada masa ini Johor juga merekodkan penggunaan air berjumlah 220 liter sehari berbanding Singapura (155 liter) , United Kingdom (150 liter) dan Hong Kong (130 liter).

“Penggunaan yang tinggi itu didorong beberapa faktor antaranya pembangunan pesat di kawasan Iskandar Malaysia dan projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Pengerang (Kota Tinggi) dan juga perubahan iklim,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori