Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Anak Bekas MB Terengganu...

SEKALI imbas ingatkan penyanyi K-Pop G-Dragon, rupa-rupanya penyanyi baharu ini adalah anak jati...

Wanita Ditahan Terlibat 10...

SANDAKAN - Polis berjaya menyelesaikan sepuluh kes curi dan tipu membabitkan mangsa warga...

Bapa Dipenjara 36 Tahun,...

Putrajaya : Seorang bekas operator kren dijatuhi hukuman penjara 36 tahun dan 20...

Denggi Di Pulau Pinang...

GEORGE TOWN - Kes denggi di Pulau Pinang mencatat penurunan dengan hanya 30...

Isu Perisa Vape: Apa Kata Pengguna Kepada Tindakan KKM

PERANTI elektronik Vaporizers atau yang kerap disebut vape, adalah merupakan salah satu daripada jenis rokok elekronik (e-Rokok).

Dalam beberapa tahun ini, penggunaan vape meningkat secara meluas di seluruh dunia dan di Malaysia sahaja, rata-rata pengguna vape melihat ia merupakan sebagai alternatif yang lebih ‘aman’ dari merokok.

Sesuai dengan namanya, asap dari rokok elektrik ini adalah wap yang tidak mengandungi bahan kimia Tar seperti kebiasaan yang ditemui di dalam rokok tembakau.

Namun akhir-akhir ini, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seakan tidak mengalu-alukan penggunaan vape kerana perkara ini dilihat mereka sebagai memberi kesan dalam jangka masa panjang.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya menunjukkan rokok elektronik atau vape selepas mesyuarat Kabinet hari ini memutuskan bahawa kerajaan tidak akan mengharamkan penggunaannya di negara ini. - Foto Ramdzan Masiam/BH Online
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya menunjukkan rokok elektronik atau vape. – Foto Ramdzan Masiam/BH Online

Menurut Menterinya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam telah menasihati orang ramai supaya tidak menggunakan e-rokok dengan menegaskan ia adalah berbahaya kepada kesihatan mereka.

Isu Perisa: Peniaga Vape Buat Jualan Penghabisan Stok

Subramaniam juga mengatakan cukai duti aksais mungkin akan dikenakan kepada peniaga vape kerana perisa yang terkandung dalam cecair rokok elektronik mempunyai nikotin yang merupakan bahan terkawal.

Perkara ini bertambah ‘hangat’ lagi apabila tindakan drastik KKM yang mula melancarkan serbuan terhadap beberapa premis dengan menyita barangan vape termasuk cecair perisa tidak sampai 48 jam amaran dikeluarkan.

Disebabkan tindakan yang terburu-buru ini juga, ramai pihak khususnya anak muda menyoalkan kewajaran KKM bertindak sedemikian kerana masih belum ada bukti sahih menunjukkan rokok elektronik memberi kesan kepada kesihatan.

Screen Shot 2015-11-07 at 3.56.28 PM
Hadi Hasnol, 31

Seorang pengguna vape, Hadi Hasnol, 31, yang sempat kami temu bual memberikan pendapatnya berkenaan tindakan kerajaan dalam mengharamkan vape.

“Sepatutnya kerajaan harus melakukan kajian dahulu barulah mempertimbangkan keputusan, tidak pernah lagi saya tengok keputusan dibuat sehari semalam kan.


“Kita ada satu kepakaran dalam bab-bab vaping ni, Malaysia antara salah satu negara yang terbaik dalam perniagaan ini, jadi bila kerajaan nak hentikan serta merta… sayanglah bakat-bakat yang sedia ada.

“Ini semua merupakan salah satu cara diorang (peniaga) cari makan, sepatutnya kaji dahulu beri satu keputusan yang positif yang semua orang boleh terima barulah kita boleh accept.

“Kerajaan sepatutnya keluarkan data maklumat yang logik dan tepat mengenai isu ini, tak kan kita nak lawan kerajaan,” jelasnya.

Screen Shot 2015-11-07 at 3.57.21 PM
Fairuz B. Haznidan, 29

Manakala seorang lagi pengguna vape, Fairuz B. Haznidan, 29, beliau menyifatkan perlaksaan cukai perisa seperti yang diura-ura akan oleh Kementerian Kesihatan akan memberikan pelbagai kesan kepada industri itu.

“Ada pro dan kontra, ini kerana nikotin merupakan barangan terkawal yang mempunyai akta, maka secara tidak langsung barangan tersebut akan dipantau kerajaan, membuatkan ia lebih terkawal di pasaran.

“Tetapi yang tidak bagusnya, ia akan menaikkan market (harga pasaran), jadi harga setiap perasa itu akan naik dan menjadi lebih mahal… Cuma mungkin tidak ramai yang akan membeli sebab mahal,” jelasnnya. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Ieamyrul Haziq
Video: Riza Razak

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori