Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

“Kau Belanja Apa Sampai...

SUAMI sepatutnya menjadi tempat bagi isteri untuk berlindung, tetapi zaman kini tersasar sungguh...

RM274.8 Juta Diperuntukan Bagi...

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM274.8 juta diperuntukan di bawah Program Bantuan Rumah (PBR)...

Syarat Lulus BM Mampu...

MELAKA - Kelonggaran syarat kelayakan lulus Bahasa Melayu (BM) di peringkat Sijil Pelajaran...

Tony Pua Gagal Ketepi...

PUTRAJAYA - Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee gagal dalam...

Jabatan Imigresen Kedah Berkas 79 Warga Asing, 7 Rakyat Tempatan

LANGKAWI – Tujuh puluh sembilan warga asing diberkas dalam operasi Jabatan Imigresen Kedah di sini malam tadi walaupun disabotaj dengan tayar kenderaan ketua operasinya dibocorkan.

Penolong Pengarah Imigresen Kedah, Nar Azaman Ibrahim yang mengetuai operasi itu berkata tujuh individu tempatan yang cuba menyembunyikan warganegara asing ini turut diberkas dalam inisiatif terbaharu membanteras pesalah imigresen di sini.

“Kereta yang saya gunakan semasa operasi ini disabotaj dengan dua daripada tayarnya telah dengan sengaja dibocorkan oleh pihak tertentu yang cuba menghalang usaha kita ini,” katanya semasa ditemui di akhir hari ketiga operasi itu malam tadi.

Katanya kejadian itu berlaku semasa beliau bersama anggotanya menyerbu sebuah pusat urut di sini yang mana enam orang wanita warganegara Thailand telah diberkas kerana bekerja di sini tanpa permit.


Selain Thailand, warganegara asing lain yang turut diberkas adalah dari Algeria, Myanmar, Indonesia, Nepal dan Filipina, sementara warganegara tempatan yang ditahan merupakan majikan atau penyelia kepada warganegara asing berkenaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori