Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

DEKOR: Tips Bagaimana Dapatkan...

Menghias rumah antara usaha atau gerak kerja seni yang memerlukan kepekaan dan kreativiti...

Penyerang Konsert Las Vegas...

LAS VEGAS - Penyerang Las Vegas, Stephen Craig Paddock, yang menyeludup masuk senjata...

Video: Pencabul ‘Layu’ Dibelasah...

RAKAMAN video seorang pencabul yang dibelasah setelah berjaya ditangkap oleh orang ramai di...

Rezeki Nadzrul Zarfan Bertemu...

KUALA LUMPUR - Kanak-kanak yang tular mengutus surat kepada pengurusan sebuah surau selepas...

Jangan Guna Peralatan Elektrik Apabila Premis Dinaiki Air

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menggunakan sebarang peralatan elektrik serta menutup suis utama apabila premis mereka dinaiki air bagi mengurangkan kemungkinan berlakunya renjatan elektrik.

Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi) Tenaga Nasional Berhad (TNB) Datuk Ir Mohd Aminuddin Mohd Amin berkata pengguna perlu segera menghubungi TNB melalui TNB Careline 15454 atau Facebook TNB Careline apabila premis dinaiki air bagi membolehkan pihaknya menghentikan bekalan elektrik demi keselamatan.

“TNB sentiasa mengawasi keadaan dari semasa ke semasa dan akan menutup bekalan ke pencawang ke kawasan terlibat sekiranya paras air mencecah tahap bahaya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, katanya bekalan elektrik akan disambung semula setelah air banjir surut dan keadaan kembali selamat.


Dalam pada itu, Ir Mohd Aminuddin turut menasihati ibu bapa agar mengawasi tindak-tanduk anak-anak supaya tidak menghampiri tiang elektrik yang terputus semasa banjir kerana arus elektrik mungkin masih mengalir.

“Maklumkan kepada TNB untuk baiki segera kerosakan tersebut serta jauhi kawasan di mana paras air naik dan mencecah talian TNB,” katanya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar merujuk kepada kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga sebelum menggunakan suis elektrik atau perkakas elektrik yang terendam semasa banjir. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • TNB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori