Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Kantoi… PH Sendiri Boikot...

TERBONGKAR... Ketika tanda pagar #UndiRosak kini trending dalam kalangan netizen tempatan, rupa-rupanya kempen...

201 Pulih, 2 Kematian,...

DUA kematian berkaitan jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak...

Politeknik Penuhi Keperluan Industri...

PUTRAJAYA – Sebuah restoran di Selatan India tular baru-baru ini apabila menggunakan robot...

Mahkamah Benar ‘Undi 18’...

KUALA LUMPUR - Sekumpulan 18 anak muda mewakili gerakan 'Undi 18' dibenarkan mencabar...

Jangan Halang Penjenamaan Semula MAS, Kata Ahli Akademik

KUALA LUMPUR – Seorang ahli akademik menyifatkan usaha penjenamaan semula syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines Berhad (MAB) amat diperlukan untuk menjamin masa depannya yang lebih berdaya maju.

Dr. Shahrul Nazmi Sannusi, pensyarah kanan di Fakulti Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berkata mungkin terdapat rakyat Malaysia yang agak emosi dengan lambang wau MAS, dan juga bantahan oleh pihak Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kabin (NUFAM) baru-baru ini terhadap langkah berkenaan, menunjukkan pihak-pihak berkenaan tidak faham tentang impak positif sesuatu penjenamaan semula melalui komunikasi korporat dan pengiklanan untuk ‘survival’ MAB.

“Mungkin segelintir pihak merasakan peruntukan berjuta ringgit untuk promosi atau penjenamaan semula itu satu pembaziran. Namun mereka perlu faham bahawa pulangan timbal baliknya, dari segi pulangan yang akan diperoleh dalam bentuk yang lebih abstrak – kepercayaan pengguna, reputasi dan persepsi macam mana yang akan diperoleh.

“Penjenamaan ini sebenarnya adalah satu kaedah untuk mencipta peluang yang baharu,” kata kepada Bernama.

Melalui proses ini juga, MAS yang terpalit dengan pelbagai masalah, di samping tragedi kembar MH370 dan MH17 dalam tempoh dua tahun ini, perlu mengambil langkah proaktif ke arah mencipta identiti jenama MAB yang baharu, katanya.

Dr. Shahrul tidak menafikan penjenamaan memakan kos yang tinggi. “Mana-mana organisasi pun memang memerlukan bajet yang besar dari segi penjenamaan seperti yang dilakukan oleh Japan Airlines (JAL), Qantas dan Garuda.”

“Selain daripada kemelut kewangan, ditambah pula dengan dua tragedi besar itu, saya rasa persepsi dan reputasi Malaysia Airlines sudah hampir musnah.”

Beliau juga berpendapat bahawa MAB perlu menjalani penjenamaan secara menyeluruh, termasuk kemungkinan menukar nama Malaysia Airlines kepada nama yang lebih menarik atau ‘catchy’.

“Zaman sekarang, kalau kita tengok syarikat penerbangan milik negara tidak semestinya membawa nama negara, kalau Australia ada Qantas, Jerman ada Lufthansa, KLM bagi Belanda, di Timur Tengah ada Emirates dan Gulf Airlines dan Garuda di Indonesia,” tambah beliau.

Dr. Shahrul juga berkata proses penjenamaan semula MAB perlu dimulakan dengan kerjasama jitu antara petugasnya di semua peringkat, yang perlu berkorban dalam usaha menaikkan semula nama syarikat dalam keadaan di mana industri penerbangan sekarang yang sangat cergas dan berdaya saing.

Hala tuju penjenamaan semula Malaysia Airlines juga harus mengambil kira persepsi dalam kalangan masyarakat yang sudah wujud iaitu ia sebuah syarikat penerbangan yang mungkin tidak lagi berstatus premium, katanya.


“Tetapi, ini sebenarnya boleh diubah dengan strategi yang betul yang saya yakin telah dimulakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Christoph Mueller sekarang, termasuk kerjasama dengan kumpulan seperti Oneworld Alliance.”

Dr. Shahrul berkata yang paling utama sekarang, dalam perjalanan MAB meninggalkan legasi malapnya, ialah perubahan minda lama dalam kalangan kakitangan dan pengurusannya yang lebih berfikir bahawa sama ada syarikat itu untung atau rugi, mereka tetap akan disokong oleh Kerajaan.

“Memang agak sukar pada peringkat awal ini, memang macam-macam masalah akan berlaku. Tetapi secara perlahan bila mana ‘asas’ dari segi pentadbirannya, dari segi operasi dah selesai, saya lebih yakin kakitangan MAB yang ada pada ketika ini akan melihat pembaharuan atau pun reformasi yang berlaku pada masa akan datang,” katanya.

Menurut analisis beliau, salah satu masalah MAS pada masa lepas ialah wujudnya jurang di tengah-tengah, dengan orang bawahan tidak mampu untuk menyampaikan apa yang mereka hendak sampaikan, manakala apa yang orang di peringkat atasan ingin sampaikan, tidak sampai di peringkat akar umbi, terutama kakitangan bawahan.

“Sekiranya pengurusan tertinggi di peringkat Mueller melihat, menganalisis dan mendiagnosis di mana jurang ini berlaku, saya rasa pihak pengurusan dengan 14,000 kakitangan ini akan boleh sebenarnya bersatu hati. Sekarang ialah masa permulaan. Sebenarnya masing-masing hendak tahu dan agak ‘suspen’ apa sebenarnya yang akan berlaku pada masa yang akan datang,” kata Dr. Shahrul.

Mueller baru-baru ini mengatakan MAB perlu reformasi budaya kerana ia telah lama menjadi sebuah pengurusan yang beroperasi secara hirarki. Terdapat banyak lapisan yang menyebabkan maklumat tidak dapat diedarkan secepat yang diinginkan. Mueller telah mengadakan beberapa siri mesyuarat antara pekerja dan wakil kesatuan pekerja MAS Lama sebagai langkah awal dalam mengubah struktur kerja syarikat tersebut.

Malah Disember ini, Mueller merancang untuk melantik majlis pekerja bagi memupuk semangat kerjasama antara pekerja.

Beliau berkata dalam suasana industri penerbangan yang pada ketika ini merupakan satu bidang perniagaan yang berdinamik tinggi, MAB tiada pilihan melainkan bangkit semula melalui strategi yang betul-betul radikal.

Setelah berbilion ringgit disuntik oleh Kerajaan untuk memulihkan syarikat penerbangan itu, tiada siapa yang mahu melihat satu lagi kegagalan, dan kegagalan sama sekali bukanlah satu opsyen, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori