Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

“Kepercayaan Antara Ahli Lama...

PETALING JAYA - Penganalisis politik Khoo Kay Peng berkata hari ini bahawa kepercayaan...

Anggota TLDM Tak Boleh...

LUMUT - Anggota Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) diingatkan supaya tidak terlibat...

Polis Selamatkan Wanita Asing...

BUTTERWORTH - Polis menyelamatkan lima wanita warga asing yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia...

Perniagaan Atas Trak Mampu...

PUTATAN - Perniagaan atas trak merupakan satu usaha yang boleh meningkatkan ekonomi dalam...

Jenayah Indeks Di Kelantan Menurun 11.45%

KOTA BAHARU – Sebanyak 4,541 kes jenayah seperti pecah rumah, ragut dan curi kenderaan dicatatkan sepanjang tempoh Januari hingga Oktober tahun ini di Kelantan, kata Ketua Polis Negeri Datuk Mazlan Lazim.

Beliau berkata bagaimanapun jumlah itu mencatatkan penurunan sebanyak 11.45 peratus berbanding 5,128 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

“Ia menunjukkan penurunan sebanyak 587 kes pada tahun ini dengan 46.44 peratus kes berjaya diselesaikan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perhimpunan bulanan agensi itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Ditanya mengenai persiapan banjir, beliau berkata seramai 982 pegawai dan anggotanya bersiap sedia menghadapi kemungkinan bencana itu pada tahun ini.


“Jumlah pegawai dan anggota itu akan ditambah dari semasa ke semasa bergantung kepada keadaan.

“Kita turut mempunyai 74 bot bagi membantu memindahkan mangsa dan tiga helikopter akan digerakkan jika bencana berada di tahap kritikal,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori