Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

517 Kes Penderaan Seksual...

KUALA LUMPUR - Sejumlah 571 kes penderaan seksual kanak-kanak telah difailkan di mahkamah...

Selangor Bentang Belanjawan 2025...

SHAH ALAM: Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari hari ini membentangkan Belanjawan Selangor...

Wanita Bulan Madu Sendirian...

SEORANG isteri yang kesunyian kerana suaminya tidak mendapat visa untuk percutian bulan madu mereka...

Bekas Ketua Perikanan Daerah...

BUTTERWORTH - Bekas pegawai Jabatan Perikanan hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah...

Jurang Antara Agensi Kewangan, Usahawan Perlu Diatasi

KUALA LUMPUR – Jurang halangan antara agensi kewangan kerajaan dan usahawan bumiputera dari segi mendapatkan modal perlu diatasi bagi melahirkan lebih ramai usahawan berjaya pada masa hadapan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata kekangan modal perlu ditangani kerana ia merupakan halangan utama bagi para usahawan terutamanya usahawan bumiputera untuk melangkah lebih jauh.

“Kita mempunyai peruntukan untuk usahawan berbilion ringgit setiap tahun. Kadang kala tidak cukup permohonan masuk untuk dapat pinjaman atau dana yang disediakan,” katanya dalam ucapan beliau sebelum merasmikan Konvensyen Dana Bumiputera anjuran Pemuda UMNO dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan dan beberapa agensi kerajaan lain, di sini, hari ini.

Khairy berkata Pemuda UMNO mahu melihat usahawan bumiputera berjaya di Malaysia dan ia memerlukan sokongan perincian kewangan termasuk proses permohonan dan peluang mendapatkan pembiayaan.

“Kita harus melihat kenapa masih ada lagi jurang antara persepsi dan realiti, juga di antara apa yang disediakan oleh agensi dan institusi kewangan kerajaan.

“Kita juga harus melihat pandangan daripada akar umbi yang mengatakan masih lagi terlalu susah untuk mendapat pinjaman untuk memulakan perniagaan,” katanya.

Bercakap pada sidang akhbar kemudiannya, Khairy berkata, isu dana usahawan bumiputera akan turut menjadi salah satu perkara yang bakal dibangkitkan semasa Perhimpunan Agung UMNO akan datang.


“Kita hendak mencari penyelesaian untuk perkara ini supaya semua dana yang disediakan oleh kerajaan ini betul-betul mendapat manfaat untuk peniaga dan usahawan bumiputera,” katanya.

Mengenai isu muflis, Khairy berkata Pemuda UMNO telah meminta Jabatan Insolvensi untuk membuat pindaan kepada akta kebankrapan supaya golongan belia lebih mudah menamatkan status muflis mereka.

“Kita telah bangkitkan perkara ini tiga atau empat tahun yang lepas bahawa kita perlu ada usaha untuk membebaskan mereka yang telah disenaraikan sebagai muflis dengan lebih mudah.

“Ada negara-negara yang melepaskan dengan lebih mudah tetapi kita susah sampai isu itu jadi satu beban sepanjang hayat,” tambahnya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]7qXBZdT9u5U[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori