Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Wan Junaidi Bimbang Telok...

KUCHING - Perkampungan Telok Melano yang terletak di penghujung Lebuhraya Pan Borneo kira-kira...

Ronaldo Akhiri Kemarau Jaringan

MILAN - Cristiano Ronaldo ak­hirnya berjaya menjaringkan gol dalam Serie A Itali ketika...

Isu Bot Rohingya: M’sia...

PUTRAJAYA melahirkan rasa kecewa dengan sikap negara jiran yang menganggap Malaysia tidak berperikemanusiaan susulan...

Keluarga Teruskan Usaha Cari...

Walaupun telah lebih sebulan dilaporkan hilang ketika mengerjakan umrah, usaha untuk mencari dan...

Jurulatih Lumba Basikal Terengganu Meninggal Dunia

DUNGUN – Jurulatih Lumba Basikal Terengganu, Rozimi Omar meninggal dunia dipercayai mengalami serangan jantung malam tadi.

Rozimi, 43, yang berasal dari Tanah Lot Dungun, Terengganu dikatakan meninggal dunia selepas dikejarkan ke Hospital Putrajaya, kira-kira pukul 8.20 malam.

Pelumba negara Ahmad Syazlin Awang Ilah, 18, berkata, beliau bersama empat lagi pelumba lain serta jurulatih tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 5 petang.

Katanya, sebaik sampai mereka semua bertolak ke rumah seorang pengurus di Putrajaya bagi mengambil van untuk bertolak pulang ke Terengganu.

“Kami semua baru tiba di KLIA sekembalinya dari menyertai kejohanan Lumba Basikal BMX ACC di Myanmar.

“Sebaik sampai di rumah pengurus terbabit di Putrajaya, Rozimi cuba membuka pintu van untuk menyimpan barang kami dan tiba-tiba dia rebah,” katanya ketika dihubungi.


Pengurus terbabit terus menghubungi ambulans dan mengejarkan beliau ke Hospital Putrajaya.

Jelasnya bagaimanapun pegawai perubatan mengesahkan arwah meninggal dunia sebaik menerima rawatan lanjut.

Katanya, jenazah Rozimi akan dibedah siasat di hospital terbabit sebelum dibawa pulang ke Dungun. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori