PENYANYI yang menjadi pujaan hati anak gadis seluruh dunia, Justin Bieber sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia tiba-tiba membatalkan konsertnya hanya selepas menyanyikan sebuah lagu di Oslo, Norway, baru-baru ini.
Tindakan terburu-buru itu dilihat sebagai tindak balas Bieber terhadap segelintir peminatnya yang menumpahkan air ke atas pentas.
Gambar Justin Bieber Telanjang Ketika Bercuti Tersebar
Susulan itu, penyanyi berusia 21 tahun itu memuat naik satu pos di Instagram memohon maaf kepada semua peminat di atas perbuatannya.
Bieber menjelaskan, dia berhadapan dengan minggu yang sukar dan kemudiannya terpaksa pula berhadapan dengan sekumpulan peminat yang sukar dikawal. – MYNEWSHUB.CC