Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bajet 2015: Mindef Cadang...

KLANG - Kementerian Pertahanan bercadang menambah peruntukan sewajarnya dalam Bajet 2015 bagi meningkatkan...

Wabak Denggi Meningkat Di...

HANOI - Pihak berkuasa tempatan di Vietnam diminta meningkatkan kempen kesedaran dan langkah...

Pasangan Saman RM10 Juta,...

KOTA BHARU - Sepasang suami isteri memfailkan saman RM10 juta terhadap Hospital Besut, Terengganu...

Mustafa Ali Akui PAS...

BATU PAHAT - Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengakui parti itu di...

Justin Trudeau Angkat Sumpah Sebagai PM Kanada

OTTAWA – Justin Trudeau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kanada ke-23 Rabu di hadapan sekumpulan penyokong penuh sesak yang mengibarkan bendera, hampir 50 tahun selepas bapanya memegang jawatan itu.

Bekas guru bahasa Perancis berusia 43 tahun itu mengetepikan iklan serangan kempen yang mendakwa beliau ‘tidak bersedia’, menang besar dalam pilihan raya 19 Oktober lalu dan menamatkan sembilan tahun pemerintahan Tory.

Dengan rambut kerinting gelap, penuh yakin dan petunjuk ucapan ayahnya, Trudeau berdiri tegap, tersenyum sambil mengucapkan “Terima kasih” ketika tepukan gemuruh mengiringinya selepas mengangkat sumpah dalam dewan rumah agam gabenor.

Nyanyian penduduk pribumi menutup acara itu, yang turut dihadiri pemimpin masyarakat orang asli, tentera, bekas perdana menteri, gabenor serta pemimpin lain.

Terdahulu, ibu Trudeau, Margaret adalah orang pertama tiba untuk menyaksikan upacara angkat sumpah anak lelakinya di Rideau Hall, kediaman rasmi gabenor, membawa anak lelaki bongsunya Hadrian serta dua lagi anaknya, Ella-Grace dan Xavier.


Trudeau sendiri dan anggota Kabinetnya muncul tidak lama selepas itu menaiki bas, berbanding limosin individu yang secara tradisinya digunakan membawa menteri kerajaan di sekitar ibu kota ini, dan kemudian berjalan di laluan ke rumah agam gabenor.

Anggota Kabinetnya termasuk personaliti dikenali seperti bekas angkasawan Marc Garneau, bekas pemimpin Liberal Stephane Dion selain beberapa muka baharu. – AFP/BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori