Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Stadium Kota Bharu Warna...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Kelantan memberi kebenaran untuk menukar warna Stadium Sultan Muhammad...

APMM Kuching Bantu Kru...

KUCHING - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuching hari ini melakukan pelayaran ihsan...

Pemandu Van Putih Dicari

Johor Bahru : Pemandu van putih dicari bagi membantu siasatan kemalangan maut membabitkan...

Pejabat MB Johor Nafi...

JOHOR BAHRU - Pejabat Menteri Besar Johor hari ini menafikan dakwaan bahawa ada...

Kaji Punca Keganasan Rumah Tangga Libatkan Warga Emas

PUTRAJAYA – Sebanyak 279 kes keganasan rumah tangga yang dicatatkan dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini melibatkan warga emas berumur 60 tahun ke atas, pertama kalinya kumpulan berkenaan direkodkan sebagai mangsa kes sedemikian sejak 2012.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata jika sebelum ini, keganasan rumah tangga amnya disebabkan cemburu dan tiada persefahaman, namun punca melibatkan kelompok warga emas berkenaan pada masa kini, masih tidak diketahui.

Beliau berkata kementerian memulakan analisa terperinci mengenai kes keganasan rumah tangga melibatkan mangsa kelompok warga emas berkenaan.

“Angka ini baru kita nampak tahun ini, tahun-tahun sebelum ini kita tidak peroleh, berkemungkinan mereka tidak berani tampil ke hadapan,” kata Rohani, yang pada hematnya ‘umur 60 tahun itu satu peringkat yang telah matang’.

“Saya risau dan tidak mahu angka ini bertambah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita di sini hari ini.

Rohani berkata statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan sebanyak 3,343 kes keganasan rumah tangga dilaporkan dari awal tahun hingga Ogos 2015, dengan 815 melibatkan mangsa lelaki dan bakinya wanita sebanyak 2,528 kes.


“Pada 2014, sebanyak 4,807 kes keganasan rumah tangga direkodkan dengan 1,262 kes melibatkan keganasan terhadap lelaki dan 3,545 membabitkan wanita,” katanya.

Rohani percaya kebanyakan kes keganasan rumah tangga tidak dilaporkan kerana mangsa biasanya hanya membuat laporan polis apabila mereka diugut dan hidup dalam ketakutan.

“Kebanyakan mangsa menghadapi gangguan mental, emosi, masalah fizikal dan kesihatan,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]HYvN-kZDesg[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori