Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Azmin Perlu Letak Jawatan...

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggesa...

Hukuman Lebih Berat Menunggu...

KUALA LUMPUR - Pemburu haram yang memasang dan memiliki jerat bakal berdepan dengan...

MB S’ngor Jamin, Langkah...

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor sedang mengambil langkah-langkah yang wajar bagi memastikan...

1,047 Individu Didakwa Kes...

KUALA LUMPUR - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merekodkan sebanyak 1,047 tangkapan melibatkan orang...

Kakitangan KWSP Disaran Jadi Testimoni RAS

KUANTAN – Kakitangan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) disaran meluangkan masa dan mencuba Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) dan seterusnya menjadi testimoni dan penggalak kepada masyarakat untuk mencuba perkhidmatan itu.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi), Datuk Mohd Naim Daruwish berkata kejayaan RAS bergantung sepenuhnya kepada komitmen, sokongan dan kerjasama padu warga KWSP.

Beliau juga menyarankan supaya promosi di peringkat negeri dijalankan secara bersepadu untuk memberi manfaat kepada anggota KWSP setempat.

“Pegawai RAS cukup terlatih dan telah menjalani latihan intensif dengan beberapa agensi berkaitan pengurusan kewangan di negara ini,” katanya ketika berucap merasmikan pejabat RAS di Bangunan KWSP di sini, hari ini.

“Harapan pengurusan ialah pembukaan pejabat RAS ini dapat membantu ahli merancang persaraan dan keputusan khususnya berkaitan simpanan KWSP berdasarkan keputusan dan kesedaran mengenai implikasi dan risiko ke atas kecukupan simpanan persaraan mereka,” katanya.

Turut hadir Ketua Negeri KWSP Pahang, Mohamed Zubir Alias.

KWSP hari ini juga merasmikan secara serentak pejabat RAS di Kota Kinabalu, Sabah dan Ipoh, Perak.


Projek perintisnya dimulakan di KWSP Kuala Lumpur dan Petaling Jaya pada Julai 2014 sebelum diperluaskan di pejabat KWSP Johor Bahru dan Seberang Jaya, Pulau Pinang dan setakat 30 Sept lalu, seramai 6,151 ahli telah mendapat khidmat RAS.

Mohd Naim berkata matlamat RAS adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pencarum tentang kepentingan perancangan persaraan dengan lebih awal.

“Mereka perlu bersedia dari segi kewangan, fizikal dan mental untuk menikmati alam persaraan,” katanya.

Menurutnya, KWSP setakat ini mempunyai 6.7 juta pencarum aktif dengan jumlah caruman yang diperoleh sekitar RM4.8 hingga RM5 bilion sebulan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • KWSP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori