Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

BN Boleh Menang PRU...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional...

92 Ketua Bahagian UMNO...

PUTRAJAYA - Seramai 92 ketua-ketua bahagian UMNO dari seluruh negara menyatakan sokongan penuh...

Bekas Tempat Peliharaan Haiwan...

SEREMBAN: Sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi kini semakin licik dengan menjadikan sebuah bekas...

Hati-Hati! Kewujudan Doktor Gigi...

RISIKO dan komplikasi seperti ulser mulut, gigi longgar, karies gigi dan gusi bernanah...

KDN Ambil alih Bentang Akta Daum Ketum Daripada KKM

ARAU – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil alih daripada Kementerian Kesihatan untuk membentangkan semula akta baharu berkaitan daun ketum di Parlimen.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata perkara itu dibincangkan bersama oleh semua pihak berkepentingan dalam isu tersebut.

“Kementerian Kesihatan mendapat banyak tentangan daripada pelbagai pihak termasuk pembangkang semasa membentangkan akta tersebut sebelum ini.

Jadi kita tarik balik dan tangguh dulu sehingga akta baharu mengenai daun ketum dibentangkan oleh KDN,” katanya kepada pemberita selepas menutup ‘Kem Kesihatan Musim Panas Kelab Doktor Muda dan sambutan Minggu Sihat Doktor Muda’ peringkat kebangsaan di Universiti Teknoloji Mara (UiTM) Perlis di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Pendidikan, Anuar Abdul Hamid.

Menurut Dr Hilmi kajian semula akta tersebut mengambil masa agak lama kerana ia melibatkan banyak implikasi undang-undang serta membabitkan banyak pihak.

Katanya kajian itu juga kemungkinan menyentuh daun-daun lain yang berpotensi memberi kesan kepada pengguna sama seperti pengambilan daun ketum.


Ketika berucap sebelum itu, beliau berkata kajian Global School-Based Student Health Survey 2012 kementerian melibatkan 25,500 murid mendapati 71 peratus murid sekolah merokok sebelum umur 14 tahun.

“Ini adalah antara masalah yang dihadapi oleh murid-murid sekolah. Kita berharap program Doktor Muda dapat membantu menurunkan ‘penyakit’ tersebut,” kata Dr Hilmi.

Katanya kajian tingkah laku berisiko dalam kalangan remaja pada 2011 mendapati 21 peratus tidak bersenam dan 82 peratus menghabiskan masa menonton televisyen lebih sejam yang menyumbang kepada peningkatan obesiti remaja bawah 18 tahun.

Beliau yang ditanya mengenai keberkesanan kempen anti merokok dan sekarang timbul isu vape dan rokok eletronik kemudian berkata kempen tersebut mengambil masa lama untuk melihat kesannya.

Program Doktor Muda itu bermula 5 November lepas disertai 360 peserta dari seluruh negara bertujuan mendidik, melatih dan memberi keyakinan diri kepada peserta untuk menyampai mesej kesihatan kepada rakan-rakan mereka. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori