Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Belanjawan Perlis 2018 Utamakan...

KANGAR - Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man memberi jaminan kepentingan rakyat...

Hutang Negara RM1.021 Trilion

SHAH ALAM - Laporan Ketua Audit Negara 2018 mengesahkan bahawa kedudukan keseluruhan hutang...

Melayu Sertai Bersih 4.0...

KUALA LUMPUR - DAP menegaskan segelintir orang Melayu yang menyertai perhimpunan haram Bersih...

Amaran Cuaca Waspada Di...

KUCHING - Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran cuaca waspada (peringkat kuning) di beberapa...

Banyak Restoran Indah Di Luar Tapi Di Dapur, Menjijikkan

KEBANYAKAN restoran di Kuala Lumpur kelihatan bersih dari luar tetapi di bahagian dalam, ianya cuma indah khabar dari rupa.

Buktinya, operasi yang dibuat berikutan wabak demam kepialu baru-baru ini menunjukkan bahawa kawasan penyediaan makanan di kebanyakan restoran amat teruk.

Meskipun nampak elok dan cantik di luar, keadaan berubah apabila pergi ke bahagian dalam restoran di mana lipas dan najis tikus ditemui merata-rata.

Pengarah Kesihatan Timbalan Negeri Kuala Lumpur dan Putrajaya (Kesihatan Awam) Dr Wan Mansor Hamzah berkata, premis yang didapati kotor termasuklah beberapa restoran terkenal.

Ditanya bagaimana rakyat boleh memilih restoran yang bersih, beliau berkata mereka boleh melihat pada gred “A”atau “B” yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan pada restoran yang mereka kunjungi.


Ketua Unit Perundangan Kementerian Kesihatan Ideris Mohamed berkata, antara yang ditemui ialah najis tikus dan lipas merangkak atas bahan dan perkakas dapur.

Tambahnya, penutup saliran juga didapati tidak ditutup dan tikus sewenang-wenangnya keluar dari situ. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Fatin

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori