Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Komen Jelik Nahas Helikopter:...

TAIPING: Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari...

Muda Gagal Rujuk Siasatan...

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda)IKUTI...

Video: Wartawan Dilempang Ketika...

SEORANG wartawan wanita dari saluran TV RT dilempang ketika sedang melakukan lintas langsung...

Projek Tenaga Solar Johor:...

BEKAS Perdana Menteri, DS Najib menggesa Kerajaan PN supaya memberi penjelasan secara umum...

Kekanda Kepada Yang Di-Pertuan Agong Mangkat

ALOR SETAR – Tunku Hamidah Almarhum Sultan Badlishah, 90, kekanda kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah telah mangkat di sini, hari ini.

Ketua Setiausaha Sultan Kedah, Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah dalam satu kenyataan, berkata Tunku Hamidah mangkat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini pada pukul 11.50 pagi akibat kegeringan.

Jenazah Almarhumah Tunku Hamidah akan disemadikan di Makam DiRaja Langgar dekat sini pada 10 pagi esok, katanya sambil mengucapkan takziah kepada keluarga baginda.

Menurutnya, jenazah baginda mulai disemayamkan di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit bermula 3 petang tadi sehingga 7 malam ini untuk penghormatan terakhir.


Syed Unan Mashri meminta semua berdoa ke hadrat Illahi semoga roh Almarhumah ditempatkan bersama-sama para Shuhadah dan Solihin. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori