Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

The 1975 Berdepan Tuntutan...

PETALING JAYA: Penganjur Good Vibes Festival, Future Sound Asia (FSA) mengeluarkan notis tuntutan...

Polis Tahan 7 Ahli...

KUALA LUMPUR - Polis menahan tujuh ahli sindiket mencuri kereta mewah dan merampas...

Jualan Buah Segar FAMA...

TELUK INTAN - Gerai Buah-buahan Segar bimbingan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) di...

Senator Bob PKR Tidak...

KESAL... Kenyataan Senator Bob Manolan Mohamad bahawa Tok Batin atau ketua kampung Orang...

Kelantan Tubuh Jawatankuasa NGO Urus Hal Berkaitan Banjir

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan menubuhkan Jawatankuasa Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang akan menyelaraskan hal-hal berkaitan banjir di peringkat negeri dan jajahan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata langkah itu merupakan salah satu inisiatif yang diambil hasil rumusan daripada beberapa bengkel serta taklimat bagi membincangkan langkah menghadapi banjir pada tahun ini.

“Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat, Mumtaz Md Nawi, manakala di peringkat jajahan akan dipengerusikan ketua-ketua jajahan.

“Selain itu, kita turut menyediakan lebih 700 pusat pemindahan banjir dan menyediakan aset terkini seperti lori, pacuan empat roda, van, ambulans dan pusat pendaratan helikopter,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini, hari ini.


Beliau menjawab soalan Mohamad Zaki Ibrahim (PAS-Kelaboran) yang ingin tahu pelan tindakan operasi pra dan pasca banjir skala mega, supaya masalah berbangkit ketika banjir pada Disember tahun lepas, tidak berulang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori