Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kualiti Sotong Bermutu Tinggi...

KEMAMAN - Kualiti sotong di perairan Terengganu yang bermutu tinggi dengan harga mencecah...

PRU14: Senarai Penuh Calon...

SHAH ALAM – Berikut senarai penuh calon Barisan Nasional (BN) bagi 22 kerusi...

Wanita Ditahan Kes Jarum...

SEORANG wanita ditangkap di Queensland berhubung kes jarum dalam strawberi yang mencetuskan ketakutan...

Tindakan Mahathir Bermotif Dendam...

KUALA LUMPUR – Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad bermotifkan dendam kerana sering mengeluarkan...

Keluarga Kevin Morais Diminta Tak Sorok Maklumat

KUALA LUMPUR – Adik mendiang Anthony Kevin Morais perlu‎ tampil membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kes pembunuhan abangnya atau berdepan tindakan kerana menyembunyikan maklumat.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata PDRM akan memanggil Charles Suresh Morais berhubung satu laporan bahawa beliau mempunyai maklumat tertentu berkaitan kes pembunuhan mendiang abangnya itu.

“Tindakannya tidak mendedahkan maklumat boleh dianggap satu kesalahan kerana menyembunyikan maklumat. Jika dia (Charles Suresh) benar memiliki maklumat berkenaan, ia seharusnya diserahkan kepada PDRM untuk membantu siasatan.

“Saya cadangkan dia berkongsi maklumat dengan polis supaya tindakan dapat diambil. Polis tidak boleh bertindak jika tidak mempunyai maklumat mengenai mendiang Kevin,” katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.

Khalid mengulas laporan sebuah portal berita tempatan hari ini bahawa maklumat tertentu disimpan di dalam pemacu USB dan kini berada di Amerika
Syarikat bersama seseorang yang diarah mendedahkan kandungannya kepada umum sekiranya sesuatu tidak diingini berlaku.


Mayat Morais, 55, ditemui di dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini pada 16 Sept lepas, dan sebelum itu Morais dilaporkan hilang pada 4 September lepas.

Morais kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini, untuk ke tempat kerjanya di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]3nYpHPPSYLU[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori