Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bapa 7 Anak Dibelasah...

RAKAMAN kamera litar tertutup (CCTV) sebuah bangunan memaparkan kejadian seorang lelaki yang sedang...

Pejabat MB Johor Nafi...

JOHOR BAHRU - Pejabat Menteri Besar Johor hari ini menafikan dakwaan bahawa ada...

Ancaman Daesh Sempena Hari...

KUMPULAN militan Daesh mula 'mengganas' di negara ini dengan membuat kemunculan pada hari-hari...

Kerusi DUN Chuping Dianggap...

KANGAR - Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chuping merupakan kawasan selamat bagi Barisan...

Kemalangan Jalan Raya Negara Ini Serius, Ke-20 Tertinggi Di Dunia

BENTONG – Kadar kemalangan jalan raya di negara ini serius, apabila mencatatkan kadar kemalangan ke-20 tertinggi di dunia daripada 160 negara.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata faktor kelajuan kenderaan menjadi penyumbang utama kadar kemalangan jalan raya di negara ini, walaupun pelbagai peraturan dan penguatkuasaan kepada pengguna jalan raya dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) dan pihak polis.

Penunggang motosikal antara yang tertinggi mengalami kemalangan maut, katanya.

“Jumlah kemalangan jalan raya tahun ini mencatatkan 361,408 kes dengan 4,940 kes kemalangan maut. Daripada jumlah kes kemalangan maut, 60 peratus mangsa terdiri daripada penunggang motosikal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program JOM JPJ di tempat letak kereta Terminal Bas Bentong, di sini hari ini.


Sehubungan itu Tiong Lai mahu pelbagai langkah pencegahan ditingkatkan untuk para penunggang motosikal bagi menurunkan kadar kematian dalam kalangan mereka selain penguatkuasaan pihak polis dan JPJ.

“Kami juga akan pastikan kurikulum kelas memandu untuk penunggang motosikal lebih berkualiti dan pastikan penunggang motosikal terutama golongan muda serta warga emas mempunyai lesen memandu.

“Mana-mana yang belum ada lesen, JPJ ada menyediakan pelbagai program bagi mereka mendapatkan lesen seperti porgram Mylesen untuk golongan muda,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]LZ8RdAtawBc[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori