Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

BN Diramal Menang 2...

PARTI pemerintah, Barisan Nasional (BN) dijangka tidak menghadapi masalah memenangi kedua-dua Pilihan Raya...

KPLB Salur RM38 Juta...

YAN - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyalurkan peruntukan tambahan RM38 juta bagi...

Kebanggaan Anak Muda Terhadap...

ASTANA (Kazakhstan) - Cendekiawan selalu berkata kalau mahu melihat masa hadapan sebuah negara,...

RM1.5 Bilion Dana KKLW...

KENDURI HABIS... Sebanyak RM1.5 bilion peruntukan kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan...

Kementerian Pendidikan Akan Siasat Video Pelajar Peluk Cium

SUSULAN video viral yang menunjukkan aksi seorang pelajar perempuan memeluk seorang pelajar lelaki yang dipercayai kekasihnya dalam pakaian sekolah, Kementerian Pendidikan akan menyiasat lebih lanjut perkara berkenaan.

Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan, berkata beliau kecewa dengan tindak tanduk pelajar itu walaupun beliau secara rasmi belum melihat video berkenaan.

“Saya mendengar mengenainya dari seorang sumber dan saya fikir saya perlu melihatnya segera bagi memudahkan siasatan,” kata beliau.

Video: Aksi Budak Sekolah ‘Lamar’ Pasangan Dikecam

Kamalanathan berkata, setakat ini, pihaknya belum lagi dapat mengenal pasti lokasi video itu dirakamkan dan berharap orang ramai yang mempunyai maklumat, tampil ke hadapan memaklumkannya kepada kementerian.


“Hanya selepas itu kita tahu jenis tindakan yang akan diambil terhadap mereka,” kata Anggota Parlimen Hulu Selangor itu.

Video berdurasi 15 saat yang menampakkan kedua-dua pelajar itu berpeluk dan bercium, dipercayai dirakam oleh pelajar-pelajar lain di sebuah sekolah menengah namun tidak dinyatakan tarikh aksi dirakam dan lokasi sekolah yang terlibat. – MYNEWSHUB.CC


Aksi lamar di sekolah…. hadoi oleh mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori