Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Malaysia Raih Trofi Piala...

CHASSIEU - Malaysia berjaya meraih trofi Piala Dunia Pastri 2019, berikutan kejayaan tiga...

6 ADUN BN Sertai...

KOTA KINABALU — Enam Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Sabah...

Gambar Bogel Tersebar, Idris...

TERPALIT dengan kontroversi gambar bogel yang didakwa sebagai miliknya bersama-sama pelakon wanita Atikah...

Johor Anjur Kursus Bangun...

JOHOR BAHRU — Kerajaan Johor menerusi Tourism Johor akan menganjurkan lima kursus pembangunan...

Kementerian Pendidikan Tinggi Tetap Tak Iktiraf UEC

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi tetap dengan pendiriannya tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai syarat kemasukan ke universiti awam.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching berkata kementerian itu sedia menimbang kedudukan UEC jika kurikulumnya memenuhi keperluan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Ketika menjelaskan pendirian kementerian itu untuk terus tidak mengiktiraf UEC, beliau berkata UEC tidak selaras dengan kurikulum kebangsaan seperti yang ditakrifkan dalam Akta Pendidikan 1996.

Selain standard komponen Bahasa Malaysia UEC tidak setaraf dengan standard dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), liputan kurikulum sejarah UEC bagi sejarah negara ini juga tidak mencukupi, katanya dalam kenyataan di sini hari.

Beliau berkata syarat umum bagi kemasukan ke sesebuah universiti awam ialah lulus SPM dengan kepujian dalam Bahasa Melayu.


Menurut beliau, kementerian itu menyedari tentang wujudnya saranan daripada pelbagai pihak agar UEC diiktiraf sebagai kelayakan sah untuk kemasukan ke universiti awam.

Pada September, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem mengumumkan Sarawak akan mengiktiraf UEC dan pemegang sijil itu boleh memohon jawatan dalam perkhidmatan awam negeri berkenaan.

Pemegang UEC juga layak mendapat pinjaman kerajaan negeri untuk melanjutkan pengajian, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori