Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Polis Melancarkan ‘Ops Godam...

KUALA LUMPUR - Polis kini melancarkan 'Ops Godam ATM' melibatkan pasukan khas daripada...

Belanjawan Penting Atasi COVID-19,...

KUALA LUMPUR - Belanjawan 2021 dengan cadangan peruntukan RM322.5 bilion disifatkan sangat penting...

Cemburu Punya Pasal, Lelaki...

HANYA kerana cemburu, lelaki bertindak membakar teman wanitanya di rumahnya di Andalas, Klang,...

Bekas SUSK Bekas Menteri...

KUALA LUMPUR - Bekas setiausaha sulit kanan kepada bekas menteri pelancongan, seni dan...

Kepialu: KKM Tingkatkan Penguatkuasaan Premis Makanan

DENGKIL – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam memberitahu bahawa sejak kebelakangan ini, negara telah digemparkan dengan isu demam kepialu.

Dalam hal ini, Kementerian Kesihatan sedang meningkatkan aktiviti penguatkuasaan terhadap premis makanan menerusi program Operasi Premis Makanan Bersih.

Screen Shot 2015-11-25 at 6.06.04 PM

Ia berdasarkan Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 serta Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 telah dijalankan untuk meninjau tahap kebersihan premis tersebut.

Bagi premis yang didapati tidak bersih akan diarahkan tutup di bawah Seksyen 11, Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1983.

Di samping itu bagi premis yang disyaki menyebabkan merebaknya penyakit berjangkit pula akan diarahkan untuk tutup di bawah Seksyen 18, Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Kompaun juga akan dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 kepada pengusaha premis makanan yang menggaji pengendali makanan yang tidak mendapat suntikan antitifoid.

mppp-makan2

Tambah beliau, pada bulan September lalu, Kementerian Kesihatan telah menerima laporan berkenaan demam kepialu dan satu operasi kebersihan dan keselamatan telah dijalankan selama lapan hari.


Ia bermula 19 Oktober sehingga 27 Oktober yang merangkumi pemeriksaan terhadap 435 premis makanan dan 58 daripadanya telah diarahkan untuk di tutup di bawah Akta Makanan Dan Penyakit Berjangkit.

Hasil pemeriksaan mendapati seramai 365 daripada sejumlah 2,229 pengendali makanan yang diperiksa tidak mengambil suntikan antitifoid.

Operasi ini akan diteruskan bagi memastikan pengusaha premis makanan sentiasa mengamalkan kebersihan serta mematuhi kehendak undang-undang.

Screen Shot 2015-11-25 at 8.58.46 PM

Kementerian Kesihatan juga telah memperkenalkan Skim Pengiktirafan Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS) pada tahun 2014 kepada premis makanan yang mematuhi kriteria yang ditetapkan di bawah pengiktirafan tersebut.

Skim ini bertujuan memastikan premis makanan akan berusaha meningkatkan kebersihan mereka selaras untuk mengurangkan kadar penyakit berjangkit seperti demam kepialu dan mencegah penyakit kencing tikus. – MYNEWSHUB.CC


Kepialu: KKM Tingkatkan Penguatkuasaan Premis… oleh mynewshub

Oleh: Fatin

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori