Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Malaysia Akan Terima 3,000...

PBB, New York - Malaysia akan membuka pintu kepada 3,000 pelarian Syria dalam...

Caj Rawatan Pergigian Pesakit...

PUTRAJAYA - Caj rawatan pergigian bagi pesakit luar di hospital kerajaan kekal pada...

PFA Akur Jika Geran...

PERSATUAN Bola Sepak Perlis (PFA) akan akur jika pengurusan Liga Bola Sepak Malaysia...

Cipta Rekod Beg Tangan...

KUALA LUMPUR - Pembangkang membidas rancangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menghasilkan...

Kerajaan Akan Timbang Iktiraf UEC Jika Pinda Kurikulum Peperiksaan

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memberi pertimbangan untuk menerima kelayakan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke Universiti Awam (UA) sekiranya kurikulum peperiksaan itu dipinda selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching berkata pihaknya telah mengambil pendirian teguh untuk tidak mengiktiraf UEC kerana ia tidak selari dengan kurikulum kebangsaan sebagaimana yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996.

“Selain itu, Bahasa Melayu dalam UEC tidak setaraf dengan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), liputan sejarah negara tidak mencukupi dan kelayakan (kemasukan) UA perlu mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu SPM,” katanya ketika menjawab soalan lisan Julian Tan Kok Ping (DAP-Stampin) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Tan ingin mengetahui berkenaan penerimaan UA terhadap lulusan UEC yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi berikutan kerajaan Sarawak telah mengiktiraf peperiksaan itu untuk diterima di institusi pendidikan negeri itu.

Sementara itu, menjawab soalan Dr Noor Azmi Ghazali (BN-Bagai Serai) tentang usaha UA menjayakan matlamat dasar transfomasi negara, Yap berkata ia telah dijalankan melalui transformasi akademik UA seperti pembelajaran dalam talian, perkembangan latihan pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) dan program CEO fakulti sebagaimana dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025.


“Selain itu dari segi pentadbiran, UA telah membangunkan lima buku garis panduan sebagai bahan rujukan pengurusannya, antaranya memantapkan tadbir urus dan keberkesanan lembaga pengarah, menambah baik produktiviti kecekapan kos UA, memperteguhkan pengurusan prestasi, tambah baik laluan kerjaya dan pembangunan kepimpinan serta meneguhkan sumber pendapatan alternatif,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Datuk Dr Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus), Yap berkata institusi tempatan seperti politeknik dan kolej komuniti telah mengadakan program pembelajaran berasaskan kerja dengan mendedahkan pelajar kepada industri pekerjaan sebenar.

“Melalui program pembelajaran tersebut, mereka mempelajari teori di dalam kelas dan selebihnya mereka didedahkan dengan kemahiran dan latihan di industri yang membolehkan mereka diterima bekerja apabila tamat pengajian,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]sjhaz25GCqE[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori