Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

DUN Perlis Lulus Bajet...

KANGAR - Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis hari ini meluluskan Usul Pembangunan Negeri...

Kes Adun Pasir Bedamar,...

Georgetown : Polis Pulau Pinang kini menunggu arahan daripada Jabatan Peguam Negara (AG)...

Siang Ke Sekolah, Malam...

SEREMBAN - Lima tahun lalu, Amarul Hafiz Mohd Shah,16, berpeluang menikmati zaman kanak-kanaknya...

Banjir Kilat Di KL,...

KUALA LUMPUR - Sebanyak sembilan jalan utama di sekitar ibu kota terjejas akibat...

Kerajaan Berazam Percepat Pemberian Wang Ihsan Mangsa Banjir

KUALA LUMPUR – Kerajaan berazam wang ihsan sekurang-kurangnya RM500 untuk setiap isi rumah mangsa banjir kali ini dapat diberikan sebelum banjir surut, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata pemberian itu wajar dilakukan segera untuk kegunaan mangsa banjir yang memerlukan bantuan untuk perbelanjaan sepatutnya.

Sehubungan itu, katanya satu memorandum akan disediakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek untuk diserahkan kepada kabinet bagi menambah baik kaedah pemberian wang ihsan itu.

“Memorandum itu untuk mendapatkan kelulusan agar wang ini datangnya daripada syarikat insurans yang dibuat berdasarkan pembayaran premium yang dibuat oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara.


“Apabila berlaku banjir maka syarikat insurans yang mengambil premium itu akan membayar dengan jumlah yang lebih daripada RM500 untuk satu isi rumah dan dapat dibayar sebelum air surut,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pengurusan Bencana Negara di sini, Khamis. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori