Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pembaca Laporan Cuaca Malu...

Seorang personaliti TV yang glamor di Romania, Daniela Crudu yang terkenal dengan rutin...

Yingluck Ditegah Pergi Keluar...

BANGKOK - Kerajaan tentera Thailand melarang bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra keluar negara...

Pembangkang Kutuk Kumpulan Melayu...

KUALA LUMPUR - Parti pembangkang menganggap kumpulan Melayu yang menyerang Plaza Low Yat...

Video: Orang Nampak Alim...

TU la, orang kata jangan menilai seseorang individu itu daripada luarannya sahaja.Macam dalam...

Kerajaan Bertanggungjawab Jika Kesihatan Anwar Terjejas! – PKR

KUALA LUMPUR – “Kerajaan perlu bertanggungjawab jika keadaan kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertambah buruk.”

Itu amaran Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepada kerajaan kerana mendakwa kesihatan banduan kes liwat itu merosot sejak dipenjarakan.

Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, jawapan kerajaan bahawa Anwar diberi rawatan istimewa tidak berasas.

“Anwar dibenarkan menerima rawatan istimewa yang tidak diberi kepada banduan yang lain tidak berasas kerana keadaan kesihatan bukan bertambah baik tetapi bertambah merosot.

“Rawatan fisioterapi sebanyak 10 kali (untuk Anwar) di penjara dalam tempoh lapan bulan mungkin sudah dianggap istimewa sedangkan hakikatnya rawatan berkenaan sangat sedikit dan tanpa kelengkapan yang sempurna,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Syed Ibrahim berkata, Anwar perlu diberi rawatan yang sempurna untuk merawat kesakitan saraf pada bahu kanannya dan mungkin pada tengkuknya.

Kerajaan semalam menafikan dakwaan Anwar tidak mendapat layanan terbaik di dalam penjara, sebaliknya mereka sudah memberi layanan istimewa sepanjang bekas ketua pembangkang itu berada dalam tahanan di Sungai Buloh.


Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamad dipetik berkata, kerajaan sudah memberi layanan terbaik semaksimum mungkin.

Menurut Nur Jazlan, sepanjang berada dalam penjara hampir 38 minggu, Anwar sudah menjalani pemeriksaan kesihatan sebanyak 83 kali termasuk 10 kali fisioterapi dan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebanyak 7 kali.

Sepanjang tempoh itu juga, keluarganya diberi peluang berjumpa sebanyak 15 kali dan perjumpaan dengan peguam sebanyak 65 kali iaitu suatu keistimewaan berbanding banduan-banduan lain.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak memuaskan keluarganya yang menuntut banduan kes liwat itu dibebaskan terus dari penjara walaupun mahkamah mendapati dia bersalah meliwat seorang lelaki lain. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori