Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

P.Pinang Didesak Tubuh Tabung...

GEORGE TOWN - Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang hari ini mendesak kerajaan DAP Pulau Pinang campur tangan...

Bukan Kes Culik Tapi...

Simunjan : Kes lelaki dibelasah penduduk di Kampung Sungai Ladong, Sebuyau, di sini,...

“Tak Salam Tak Semestinya...

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan perbuatan anaknya, Datuk...

Imigresen Nafi Kemasukan Haram...

KUALA LUMPUR - Kegagalan sistem Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini...

Kerajaan Tambah Baik Perjanjian Konsesi Tol

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah menambah baik terma-terma perjanjian berkenaan kenaikan kadar tol dengan syarikat konsesi lebuh raya sedia ada, kata Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof.

Antara terma yang ditambah baik itu ialah memansuhkan kenaikan kadar tol secara automatik walaupun sudah ditetapkan tempoh masa tertentu bagi kenaikan dalam perjanjian sebelum ini.

“Setiap kali ada permohonan (dari syarikat konsesi) untuk kenaikan tol, kita akan melihat dan kaji balik semua kenyataan syarikat. Adakah mereka mencapai anggaran aliran trafik yang melalui kawasan itu.

“Kalau aliran trafik (di lebuh raya) mencapai seperti yang dianggarkan, maka kita tidak akan benarkan kenaikan tol,” katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kerja Raya pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

Menurutnya jika aliran trafik di lebuh raya berkenaan tidak mencapai anggaran sepatutnya, kerajaan mungkin membenarkan kenaikan kadar tol kerana komitmen kewangan yang terpaksa ditanggung oleh syarikat konsesi.

Fadillah berkata kadar tol sesuatu lebuh raya ditentukan oleh kos pembinaan dan anggaran aliran trafik, dan kenaikannya dikaji semula setiap tempoh masa tertentu seperti yang termaktub dalam perjanjian.

Beliau berkata terma lain yang ditambah baik ialah kerajaan boleh menamatkan perjanjian lebih awal dari tarikh yang dipersetujui dalam perjanjian jika syarikat konsesi mencapai keuntungan yang tertentu.

Menurutnya kerajaan dari semasa ke semasa mengadakan perbincangan dengan syarikat konsesi, pemegang bon dan pembiaya projek lebuh raya mengenai kadar tol.


“Kita kena mengimbangi beberapa perkara seperti kemampuan kerajaan, kepentingan syarikat konsesi dan kepentingan pengguna,” katanya.

Dalam pada itu, Fadillah yang juga Anggota Parlimen Petrajaya menegaskan kerajaan akan perlu menanggung pembiayaan beratus bilion ringgit jika bercadang mengambil alih semua lebuh raya di negara ini, dan langkah itu bukanlah tindakan yang wajar.

Semasa sesi penggulungan itu, Fadillah berkata terdapat lapan lebuh raya yang layak untuk menaikkan kadar tol pada tahun hadapan, tetapi kenaikan itu masih belum dimuktamadkan.

Lebuh raya berkenaan ialah Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Link Kedua, Lebuhraya Utara Selatan Lingkaran Tengah (Elite), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuhraya Seremban-Port Dickson, Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Selat Klang Utara (NNKSV).

Persidangan Dewan Rakyat bersambung Selasa. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]3wV8PSsN2N8[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori