Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pembekal Bahan Binaan Ditipu...

KUALA TERENGGANU - Niat seorang pengusaha dan pembekal bahan binaan membuat pinjaman RM35,000...

Penahanan Tanpa Bicara Perlu...

KUALA LUMPUR - Penahanan tanpa bicara perlu diserapkan ke dalam Akta Antikeganasan jika...

Bukan Hipokrit, Tasha Nak...

AKIBAT kontoversi panas selepas memuat naik gambar 'belanja belakang', Tasha Shila dikatakan mempunyai...

Ringgit Menyusut Sejak PH...

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng diminta untuk tidak berpuas hati...

Kerajaan Terus Sokong Guna Sisa Pepejal Jana Elektrik

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus menyokong usaha penggunaan sisa pepejal bagi menghasilkan sumber tenaga boleh diperbaharui untuk menjana elektrik melalui konsep “Waste to Wealth”.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili berkata setakat ini penjanaan elektrik menggunakan sisa pepejal telah menyalurkan sebanyak tujuh megawatt tenaga elektrik.

“Sebanyak 25.4 megawatt tenaga elektrik yang dihasilkan daripada sisa pepejal itu masih belum lagi boleh disalurkan kerana masih belum diluluskan.

“Melalui kerjasama daripada semua pihak termasuk kementerian-kementerian yang berkaitan, kami menyokong penjanaan tenaga elektrik menggunakan sisa pepejal melalui konsep ‘Waste to Wealth‘,” katanya.

Ongkili berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Mohd. Fasiah Mohd. Fakeh (BN-Sabak Bernam) berkenaan usaha kerajaan memanfaatkan sisa pepejal untuk menjana kuasa elektrik, di Dewan Rakyat di sini, hari ini.


Menjawab soalan tambahan Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) berkenaan peratusan tenaga boleh diperbaharui yang dimiliki oleh negara ini, Ongkili berkata setakat ini Malaysia mempunyai 14 peratus tenaga boleh diperbaharui.

“Berikutan keputusan yang dibuat oleh Menteri-menteri Tenaga ASEAN pada bulan lalu, semua jenis hidro telah dikategorikan sebagai diperbaharui menjadikan jumlah peratusan sebanyak 14 peratus berbanding sebelum itu kira-kira enam peratus.

“Sasaran Malaysia adalah mencapai status 23 peratus tenaga diperbaharui menjelang tahun 2025 dan kita yakin dengan usaha semua pihak dapat mencapai sasaran itu,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]3OLRmxdgKow[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori