Thursday, December 19, 2024

Creating liberating content

Pengusaha Pelancong Esszone Diminta...

SEMPORNA - Pengusaha pelancongan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) diminta memastikan pekerja...

Keropok Lekor, Martabak Dalam...

PASIR MAS - Makanan ringan popular tempatan seperti martabak diraja, keropok lekor dan...

PRU14: Calon BN Sedang...

KUALA LUMPUR - Semua calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan raya Umum ke-14...

Beberapa Jalan Utama Ditutup...

KOTA BHARU - Beberapa jalan utama ke pusat bandar Kota Baharu akan ditutup...

Kerajaan Tidak Akan Semak Semula Bajet 2016

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan menyemak semula Bajet 2016 yang dibentangkan baru-baru ini meskipun Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) mengurangkan pembayaran dividennya.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong berkata, bajet berkenaan telah mengambil kira aspek penurunan harga minyak.

“Sebelum kita (kerajaan) merangka bajet tersebut, kami berbincang dengan pihak-pihak berkenaan dan justeru itu pembayaran dividen dianggarkan kira-kira RM16 bilion,” katanya kepada pemberita di luar pelancaran CrowdPlus.asia, sebuah platform pendanaan masyarakat ekuiti pertama ASEAN, di sini hari ini.

Dalam laporan sebelum ini, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, dividen rendah itu disebabkan keadaan harga minyak yang rendah dan jangkaan ia akan berterusan.

Petronas akan membayar RM16 bilion kepada kerajaan tahun depan berbanding RM26 bilion tahun ini.


Keuntungan sebelum cukai Petronas bagi suku ketiga berakhir 30 September, 2015 susut kepada RM3.8 bilion daripada RM22.7 bilion pada suku yang sama tahun lepas.

Pendapatan bagi tempoh suku berkenaan turun 25 peratus kepada RM60.06 bilion daripada RM80.37 bilion sebelum ini disebabkan harga minyak rendah berterusan memandangkan bekalan global terus melebihi permintaan.

Sementara itu, harga minyak Brent mencatat purata US$50 (RM218.79) setong dalam tempoh suku tersebut berbanding US$101 setong bagi suku yang sama tahun lepas dan US$62 (RM271.3) setong pada suku kedua tahun ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori