Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Belanda, Rusia Bincang Kes...

AMSTERDAM - Kerajaan Belanda yakin Rusia dijangka bersedia mengadakan perbincangan tidak lama lagi,...

Cub Prix: Kasma Juara...

TAIPING - Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2016 yang berakhir di sini...

SL1M Bantu Graduan Atasi...

PUTRAJAYA - Menempuh perjalanan lebih lima jam dari Alor Setar, Kedah ke Kuala...

“Alhamdulillah, Kehidupan Dalam Keadaan...

MESKIPUN sudah empat tahun jalani kehidupan bergelar ibu tunggal bersama anak tunggalnya, Nurdhia...

Kerajaan Tingkat Penggunaan IBS Dalam Sektor Pembinaan Rumah

IPOH – Kerajaan akan meningkatkan penggunaan sistem binaan berindustri (IBS) dalam sektor pembinaan rumah di negara ini supaya rakyat dapat membeli rumah dengan harga murah, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

“Ketika ini, sektor IBS ini belum berkembang. Apabila ia berkembang nanti, PR1MA (Perbadanan PR1MA Malaysia), Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan turut menggunakan sistem ini.

“Dengan itu orang ramai akan dapat membeli rumah yang berkualiti dengan harga yang murah, katanya pada sidang media selepas sesi wawancara bersama Perakfm di Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini, hari ini.

Katanya, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), telah menggunakan sistem IBS dalam membangunkan Rumah Mesra Rakyat.

Menurutnya, China mula menggunakan sistem ini untuk membina sebuah hotel 30 tingkat dengan proses pembinaannya hanya memakan masa dua minggu.


“IBS juga telah berkembang di Filipina untuk membuat rumah teres yang mempunyai tiga bilik dan dua bilik air dan dijual pada harga murah,” katanya.

Ahmad Husni berkata, kerajaan tidak mengawal harga rumah kerana ia tertakluk kepada harga pasaran yang mengambil kira kos pembinaan.

“Harga rumah di negara ini berdasarkan kepada kos pembinaannya sama ada menggunakan IBS atau sistem lain,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori