Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Seleweng Dana: 2 Bekas...

PUTRAJAYA - Dua bekas setiausaha kepada bekas menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal...

Liga Malaysia 2015 Penampilan...

KUALA LUMPUR – Liga Malaysia 2015 (Liga-M) merupakan penampilan terakhir wakil Singapura, Lions...

Lori Dipenuhi Bangkai Ayam...

JIJIK dan kotor. Gambar sebuah lori yang dipenuhi bangkai ayam menjadi tular di...

Soalan PT3 Tentang Kondom...

SOALAN peperiksaan percubaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi mata pelajaran Sains kini menjadi...

Kereta Mewah Ditahan Bawa Patung Beruang Gergasi

CHENGDU (China) – Seorang pemandu kereta sport mewah ditahan pihak polis di bandar ini setelah didapati membawa satu patung beruang gergasi di belakang kenderaan itu.

Gelagat pemandu kereta berwarna hijau tersebut turut sempat dirakamkan oleh beberapa pengguna jalan raya yang lain sebelum dimuat naik menerusi laman sosial di China.

Beberapa gambar menunjukkan patung beruang gergasi itu diikat di belakang kenderaan berkenaan sehingga menutup langsung bahagian cermin belakang kereta tersebut.

Anggota polis yang bertindak menahan kereta itu dilihat berbual-bual dengan pemandu berkenaan sebelum dia mengeluarkan kertas saman.

Anggota penguat kuasa itu kemudian dikenal pasti sebagai selebriti tempatan, Tan Qiao yang sebenarnya mengetuai jabatan penerangan polis Chengdu.


Tan secara kebetulan juga merupakan hos sebuah rancangan televisyen bagi mempromosikan aspek keselamatan jalan raya di bandar tersebut.

Keadaan itu menyebabkan ramai netizen beranggapan kemungkinan kejadian berkenaan sebenarnya sudah dirancang lebih awal.

Bagaimanapun, Tan menafikan dakwaan berkenaan dan meminta orang ramai menonton episod terbaharu rancangan televisyennya itu. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori