Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Taman Tema Air Bukit...

IPOH - Pihak pengurusan Taman Tema Air Bukit Merah Laketown Resort disaran supaya...

Saintis Bingung Bangkai Ikan...

MISTERI menyebulungi apabila ikan paus ditemui mati terdampar di hutan Amazon dan bukannya...

2 Rakan Serumah Didakwa...

JOHOR BAHRU - Dua rakan serumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

BBC Malu Besar Tersilap...

LONDON - Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) berdepan aib besar apabila tersilap menayangkan gambar...

Kes Bunuh Tapah: Reman Kesemua Suspek Disambung 7 Hari

TAPAH – Mahkamah Majistret hari ini melanjutkan tahanan reman selama tujuh hari lagi terhadap empat sekeluarga dalam kes pembunuhan empat individu di bengkel kenderaan di Jalan Pahang, di sini.

Perintah lanjutan tahanan itu dikeluarkan Majistret Nurul Nadia Abdul Razak yang bermula esok dan berakhir 19 Nov.

Empat sekeluarga yang terdiri daripada suami, 57, isteri, 54, serta dua anak lelaki yang masing-masing berumur 20 dan 17 tahun itu sebelum ini ditahan reman selama tujuh hari bermula 6 Nov dan berakhir hari ini.

Kesemua suspek disambung reman semula bagi kes pembunuhan seorang lelaki berumur 54 tahun bekerja sebagai jurujual alat ganti kenderaan, dilapor hilang pada 15 Jun 2014.

Sebelum ini, kesemua mereka ditahan reman pada 27 Okt dan berakhir 6 Nov lepas bagi kes bunuh membabitkan seorang pekebun dan ejen hartanah, Jasbeer Singh, 46.


Terdahulu, keempat-empat suspek tiba di mahkamah dengan berpakaian lokap diiringi dengan beberapa anggota polis pada pukul 8.15 pagi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori