Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Kaji Naikkan Harga...

ROMPIN - Kerajaan sedang mengkaji cadangan untuk meningkatkan harga lantai getah yang ketika...

Musa Pemimpin Yang Boleh...

KOTA MARUDU - Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman adalah pemimpin yang...

PM Thailand Tinggalkan Sidang...

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha bertindak meninggalkan sidang media baru-baru ini susulan...

Peg. Kerajaan Dipecat Kerana...

SEORANG pegawai kerajaan terpaksa berdepan dengan alasan dibuang kerja yang memalukan iaitu gara-gara gambarnya...

Kes Denggi Catat Penurunan Di Seluruh Negara Bagi Tempoh 1 Hingga 7 Nov

KUALA LUMPUR – Kes demam denggi di seluruh negara mencatat penurunan kepada 2,136 kes bagi tempoh 1 hingga 7 Nov berbanding 2,157 pada minggu sebelumnya.

Pada masa sama, enam kematian dicatat bagi tempoh sama iaitu dua kes di Perak, dan masing-masing satu di Pulau Pinang, Johor, Pahang dan Sabah, menjadikan jumlah keseluruhan kematian sehingga kini meningkat kepada 283 berbanding 164 bagi tempoh sama tahun lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata lima negeri menunjukkan peningkatan jumlah kes iaitu Pulau Pinang (55 kes), Melaka (20), Kedah (9), Perlis (8) dan Sabah (satu).

“Bagaimanapun, jumlah kumulatif kes denggi yang dilaporkan dari bulan Januari sehingga 7 Nov lepas meningkat kepada 102,801 kes berbanding 86,765 bagi tempoh sama tahun lepas, peningkatan sebanyak 16,036 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi minggu ke-44, terdapat 800 lokaliti wabak yang masih aktif dilaporkan di 14 negeri iaitu 444 dilaporkan di Selangor, Johor (159), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (57), Pulau Pinang (39), Perak (27), Negeri Sembilan (17), Melaka (15), Sabah (11) dan Pahang (11).


“Negeri yang melaporkan kurang daripada 10 lokaliti ialah Kelantan, Sarawak, Kedah, Terengganu dan Perlis.

“Daripada jumlah itu terdapat 116 lokaliti dikenal pasti sebagai kawasan panas atau ‘hotspot’ wabak denggi melibatkan enam negeri iaitu 64 lokaliti di Selangor, Johor (42), Perak (6), Pulau Pinang (2) dan masing-masing satu di Sabah dan Melaka,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata Program Gotong Royong Mega peringkat kebangsaan anjuran Kementerian Kesihatan yang dilancarkan pada 8 Nov lepas diharap dapat diteruskan agar ia memberi impak positif dalam mengurangkan tempat pembiakan aedes serta membendung kejadian kes denggi di seluruh negara. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori