Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

2 Warga Malaysia Maut...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata...

Malaysia Masih Kurang Penganalisis...

KUALA LUMPUR — Malaysia menghadapi kekurangan Penganalisis Kewangan Bertauliah (CFA) dan Pengurus Risiko...

Tampar Kanak-Kanak Dua Tahun,...

Kuala Lumpur : Seorang pengusaha taska didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini...

Kerajaan Johor Kutuk Keganasan,...

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor mengutuk sekeras-kerasnya sebarang bentuk keganasan dan ekstremisme yang mengorbankan...

Kes Rasuah, Gubahan Wang Haram 5 Pegawai TLDM Disebut Semula 9 Dis

IPOH – Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 9 Dis ini untuk sebutan semula kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan lima pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) termasuk sepasang suami isteri.

Dalam prosiding sebutan semula kes itu di dua Mahkamah Sesyen hari ini, Hakim Rushan Lutfi Mohamed dan Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin masing-masing menetapkan tarikh berkenaan selepas membenarkan permohonan daripada Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Nizam Wan Omar untuk perbicaraan serentak bagi kedua-dua kes itu di Mahkamah Khas Rasuah Ipoh.

Sebelum ini, kesemua pegawai kanan TLDM termasuk pasangan suami isteri itu didakwa atas pertuduhan menerima rasuah membabitkan nilai lebih RM500,000 berkaitan urusan pembekalan barangan ke TLDM antara 2014 dan 2015.

Pasangan Leftenan Komander Rozlin Mustafa, 33, dan suaminya Leftenan Komander Rizalman Ghazali, 36, menghadapi enam pertuduhan menerima suapan membabitkan RM420,852.85 manakala Leftenan S. Kuvendran, 32, menghadapi empat pertuduhan menerima suapan sebanyak RM104,971.97.

Dua lagi pegawai iaitu Kapten Abdul Aziz Gaffor, 54, menghadapi tujuh pertuduhan menerima suapan barangan berharga bernilai RM1,052,120.60 manakala Leftenan Komander Khairul Izwan Mohd Khir, 37, menghadapi lima pertuduhan menerima wang suapan melibatkan nilai RM1,500,000.

Pasangan suami isteri itu juga menghadapai enam pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan wang RM604,207, Khairul Izwan menghadapi lima pertuduhan melibatkan RM1,425,500 manakala Kuvendran menghadapi lima pertuduhan membabitkan RM142,115.77.


Abdul Aziz didakwa atas lima pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan urusan pembekalan barangan ke TLDM berjumlah RM840,000 sejak tahun lepas.

Prosiding sebutan semula kes rasuah itu terhadap kesemua tertuduh didengar oleh Hakim Rushan Lutfi manakala kes pengubahan wang haram membabitkan Abdul Aziz didengar oleh Hakim Ikmal Hishan di Mahkamah Sesyen berasingan.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai tiga lagi pegawai TLDM iaitu pasangan suami isteri berkenaan serta Khairul Izwan dan Kuvendran yang dituduh atas kesalahan pengubahan wang haram, Wan Ahmad Nizam berkata kes itu akan disebut pada 3 Dis ini dan pihak pendakwaan akan memohon perbicaraan bersama.

Kesemua tertuduh diwakili peguam-peguam yang diketuai Norhasham Hasan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori