Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kerjasama NBOS Laksana Program...

KOTA BELUD – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

IPD Kunak Berjaya Selesaikan...

KUNAK - Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata Ibu pejabat Polis ...

Bank Rakyat Ambil Langkah...

KUALA LUMPUR - Bagi mengelak penggodaman Mesin Juruwang Automatik (ATM) seperti yang berlaku...

Didakwa Cederakan Sepupu Dengan...

BURUH dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini, terhadap tuduhan mencederakan sepupunya...

Kewajiban Asal Politik Islam Adalah Kesatuan Umat

KUALA LUMPUR – “Mengajak kepada kesatuan jamaah bukan bererti menolak perbezaan pendapat. Ia usaha untuk kekal bersatu di dalam perbezaan dan kepelbagaian.” katanya Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Nik Mohamad Abduh berkata, bersatu juga bererti menerima hak untuk meneka, mencari dan bersaing menemukan kebenaran.

“Senjata utama kesatuan jamaah adalah istiqamah di atas jalan perjuangan walau apa kelemahan dan kesilapan jamaah. Istiqamah adalah disiplin tertinggi.

“Istiqamahlah yang paling sempurna dan ia-lah nanti yang akan menyempurnakan segala kekurangan jamaah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nik Mohamad Abduh turut menegaskan, menolak perbezaan pendapat yang akan memecahkan kesatuan jamaah.

“Janganlah keasyikan memperjuangkan kepelbagaian pendapat melupakan kita dengan kewajiban asal berjuang untuk kesatuan umat yang benar,” katanya.


Nik Mohamad Abduh semalam mengumumkan, PAS bersedia berbincang dengan Barisan Nasional (BN) dan UMNO bagi menjalinkan kerjasama.

Beliau dipetik berkata, PAS sentiasa menunggu jemputan daripada kerajaan BN untuk tujuan itu sama secara rasmi atau tidak.

Baru-baru ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menyatakan kesediaan parti itu untuk menjalin kerjasama dengan UMNO dalam perkara-perkara yang memberi keuntungan kepada rakyat. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori