Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Misteri Mahathir Jadi ‘Bisu’...

ALKISAH Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian mega dialami Bank Negara Malaysia...

Mastura Sedia Tunai Tanggungjawab...

KUALA KANGSAR - Calon Barisan Nasional (BN) Datin Mastura Mohd Yazid yang masih...

Misteri ‘Obesiti’ Hidupan Air…...

BARU-BARU ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan penemuan seekor labi-labi bersaiz gergasi yang mencecah...

SPRM Tahan Enam Lelaki...

Shah Alam : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam individu selepas disyaki...

Kira-Kira 3,000 Bunga Segar Untuk Hias Logo ASEAN 2015

KUALA LUMPUR – Kira-kira 3,000 bunga segar digunakan untuk menghiasi logo Sidang Kemuncak ASEAN Ke-27 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di sini.

Ia berbentuk 10 elemen lengkung berwarna yang membentuk bulatan di sekitar logo ASEAN, yang terletak di pintu masuk VIP di Pusat Konvenyen Kuala Lumpur (KLCC) tempat sidang kemuncak bakal berlangsung hujung minggu ini.

Pemilik Arjuna Cipta Florist daripada Shah Alam, Azizan Hadi Saat telah diberi tugas untuk menghiasi elemen lengkung tersebut dengan tiga jenis bunga iaitu ros, orkid dan kekwa.

Beliau berkata kerja untuk menyemat bunga bermula tengah hari pada Khamis dengan bunga kekwa mengambil masa lebih lama untuk disemat kerana perlu memotong bunga daripada tangkai dan disemat pada logo.

Sebanyak 1,000 bunga ros merah, 1,500 orkid ungu dan hijau serta 300 bunga kekwa biru, hijau dan kuning digunakan, katanya.


Azizan Hadi gembira kerana diberi peluang menujukkan bakatnya dalam menggubah bunga.

“Saya juga tidak mahu terlepas peluang untuk menjadi sebahagian dripada Sidang Kemuncak ASEAN 2015 yang bersejarah,” katanya dan menambah beliau turut menggubah bunga untuk sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Ditanya bagaimana sekiranya hujan merosakkan hiasan yang dilakukannya, Azizan berkata: “Bunga sukakan hujan untuk mekar dan menjadi lebih cantik.” – BERNAMA

[wpdevart_youtube]DjFkYVIIRXw[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • ASEAN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori