Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PM Najib Kunjung Hormat...

SINGAPURA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membuat kunjungan...

Foto Permaisuri Kesayangan Rakyat...

KUANTAN - Detik romantis dan kasih sayang pasangan diraja tular di Facebook apabila...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini, berikutan peniaga...

Laungan ‘Hidup Bossku’ Bergema...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Kompleks...

KKM Mula Serbu Kedai Vape Seluruh Negara

TIDAK sampai 48 jam amaran dikeluarkan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mula melancarkan serbuan terhadap beberapa kedai yang didapati menjual perisa rokok elektronik atau vape yang mengandungi nikotin.

Salah sebuah premis yang diserbu secara mengejut itu ialah Cloud Houze yang terletak di Taipan, Subang Jaya, Selangor dan video operasi oleh anggota penguatkuasa tersebut menjadi viral menerusi media sosial tempatan pada Khamis.

Berdasarkan rakaman selama 1 minit 18 saat itu menunjukkan pihak penguatkuasa KKM sibuk memeriksa isi kandungan cecair dalam perisa vape di kedai berkenaan manakala peniaganya dilihat turut memberi kerjasama.

Ia susulan amaran Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam ketika melancarkan Kempen Makan Secara Sihat sempena perayaan Deepavali di ibu negara pada Selasa yang menegaskan sedia menyita perisa nikotin vape.

SERBUAN yang dibuat di Batu Pahat, Johor pula.
Serbuan yang dibuat di Batu Pahat, Johor pula.

Tindakan itu dibuat di bawah Akta Racun 1952 dan Akta Makanan 1983 kerana penjualan nikotin tanpa lesen di pasaran terbuka adalah salah di sisi undang-undang waima vape tidak pula diharamkan oleh pihak kerajaan.


Nikotin merupakan bahan kimia kawalan tetapi hanya dikecualikan dalam pembuatan produk tembakau, manakala aktiviti penjualan cuma boleh dibuat melalui ahli farmasi berlesen serta pengamal perubatan berdaftar.

Peniaga yang didapati ingkar sebenarnya boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-dua sekali menurut akta sedia ada. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

VIDEO DI BAWAH BERKENAAN SERBUAN DI SUBANG JAYA – SILA KLIK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori