Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Imigresen Kelantan Letak 2...

TANAH MERAH - Jabatan Imigresen Kelantan meletakkan dua tumpuan utama bagi mengatasi masalah...

Kisah Syakirin, OKU Yang...

KISAH seorang pemuda Orang Kurang Upaya (OKU) yang memilih untuk mencari rezeki di...

Ikut Sunnah Nabi Ketika...

KOTA BHARU - Nik Mohamad Abduh, anak Allahyarham Mursyidul Am PAS Datuk Nik...

BN Perak Tak Campuri...

IPOH - Barisan Nasional (BN) Perak tidak mahu mencampuri tindakan Majlis Syura Ulama...

KLIA2: Program Penyelenggaraan MAHB Berjaya Kurangkan Masalah Air Bertakung

SEPANG – Kerja-kerja penyelenggaraan berterusan yang dilakukan oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur2 (klia2), berjaya mengurangkan masalah air bertakung di kawasan apron, kata Pengarah Urusan MAHB Datuk Badlisham Ghazali.

“Walaupun kita sedang mengalami musim hujan, masalah (air bertakung) berjaya dikurangkan, dan kita telah melaporkan sebanyak tiga kali maklumat terkini mengenai program penyelenggaraan berkenaan di laman web MAHB,” katanya.

Katanya MAHB telah menyediakan laporan bulanan mengenai program penyelenggaraan di klia2 yang membolehkan semua pihak, termasuk orang awam, mengetahui kemajuan terkini program itu.

“Kita mengambil pendekatan terbuka dalam hal ini, dan semua orang boleh lihat kemajuan yang kami telah lakukan selama empat bulan ini, yang mana dulu banyak air bertakung, namun sekarang sudah berkurangan,” katanya.

Mengenai isu tumpahan minyak di kawasan meletak pesawat Q10 dan Q12, Badlisham sekali lagi menegaskan bahawa ia berpunca daripada kebocoran paip dan bukan kerana mendapan tanah.


“Kami masih menutup kawasan yang bocor itu, dan kapal terbang boleh menggunakan kawasan meletak pesawat yang lain, dan kami menggunakan lori tangki untuk menyalurkan minyak kepada kapal terbang terbabit,” katanya.

Badlisham berkata Kuala Lumpur Aviation Fuelling System, anak syarikat milik Petronas, masih lagi menyiasat punca kebocoran tersebut dan melakukan kerja pembaikan ke atas saluran paip berkenaan.

“Siasatan terperinci masih lagi dilakukan kerana kita mahu tahu punca sebenar, dan hasil siasatan tersebut akan dilaporkan kepada kami tidak lama lagi,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori