Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Saksikan Gerhana Bulan Penuh...

PORT DICKSON - Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh paling lama...

APMM Selamatkan Tiga Nelayan...

LABUAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyelamatkan tiga nelayan tempatan di perairan...

Rosmah Hadir Tazkirah, Solat...

PUTRAJAYA - Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menghadiri majlis...

Masyarakat Perlu Ambil Manfaat...

JELI - Golongan petani, peniaga dan usahawan perlu mengambil manfaat daripada kewujudan Universiti...

Komen M. Nasir Kurang Ajar, Bienda Tuntut Mohon Maaf

TERASA ibunya telah diaibkan, penyanyi Bienda yang juga anak kepada Sheeda menuntut supaya juri program realiti Gegar Vaganza 2 (GV2) iaitu Datuk M. Nasir dan Datuk AC Mizal memohon maaf secara terbuka kepada ibunya.

Ini berikutan, Bienda atau sebenarnya Nor Razlinda Razli, 30, berpendapat komen yang diberikan oleh juri pada konsert malam Ahad lalu itu telah menjatuhkan maruah ibu dan keluarga mereka.

“Saya sangat terkejut dan kecewa mendengar komen yang diberikan, kalau ikutkan hati saya ingin sahaja menjerit kepada juri itu, tetapi fikirkan semula ia perkara yang tidak rasional.

“Tapi ia sangat keterlaluan dan mengaibkan ibu saya. Kenapa perlu persoalkan tentang umur dan rupa paras sedangkan ia adalah pertandingan nyanyian.

“Saya boleh katakan komen itu sebagai kurang ajar kerana mereka tiada rasa hormat kepada ibu saya yang bersusah payah memasuki pertandingan itu.

“Ia bukan sesuatu yang senang untuk dia bawa lagu-lagu yang bukan genre dangdut. Saya yakin lepas ini ramai artis yang takut untuk sertai pertandingan kerana komen yang diberikan bersifat menghentam peserta,” katanya kepada mStar Online.


Dalam konsert minggu empat yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu, Sheeda mendendangkan lagu ‘Tiada Lagi’ bersama penyanyi Aweera.

image (1)
Sheeda mendendangkan lagu ‘Tiada Lagi’ bersama penyanyi Aweera.

Antara komen M. Nasir kepada Sheeada; “Saya melihat tadi seorang putera berkuda masuk (stage) dan sedang cuba menyelamatkan.. Snow White.. tapi yang dijumpa emak dia (Snow White). Dialog itu dikatakan seolah-olah memperlekehkan usia Sheeda yang mahu berlakon sebagai puteri raja.

Komen itu mengundang ketawa orang ramai dan kemudian turut disambut oleh AC Mizal dengan berkata; “Aku dah agak dah.. aku dah agak dah..”. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori