Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

Empat Bencana ‘Dahsyat’ Berkait...

SECARA kebetulan fenomena gerhana bulan yang bakal berlaku esok juga akan memaparkan fenomena...

Gempa Bumi Berukuran 4.9...

KATHMANDU - Gempa bumi berukuran 4.9 pada skala Richter mengegarkan Nepal awal pagi...

Dua Kereta Pengerusi JKKK...

SEREMBAN – Dua kereta milik Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Ulu...

Ketua Menteri Sarawak Gesa...

SIMUNJAN - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata DAP seharusnya malu...

Kritikan Ikhlas Akan Bantu Kuatkan Organisasi

KUALA LUMPUR – Sebarang kritikan yang dibuat secara ikhlas termasuk apabila berbeza pendapat akan membantu menguatkan organisasi, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Salleh dalam catatan di laman blognya sskeruak.blogspot.com hari ini, berkata setiap orang akan mempunyai perbezaan pendapat, tetapi ia bergantung dari sudut mana mereka melihat sesuatu perkara itu.

“Kita harus bersetuju untuk berbeza pendapat, tapi kita tidak harus bersetuju untuk membenarkan perbezaan pendapat itu membawa kepada kehancuran,” katanya.

Beliau turut menegaskan kritikan membina yang dibuat secara berterus-terang dan beradab akan membawa hasil yang baik.

“Namun perlu diingat bahawa mengkritik dan berbeza pendapat bukan bererti ‘gunting dalam lipatan’,” katanya.


Salleh berkata ‘gunting dalam lipatan’ adalah sikap hipokrit dan berpura-pura baik tetapi ada niat dan agenda tersembunyi.

“Memang orang-orang seperti ini ada di sekeliling kita. Cuma mungkin tidak kelihatan secara ketara kerana pandai ‘bermain wayang’. Tapi siapa yang makan lada, dia akan terasa pedasnya,” menurut Salleh. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]Eu59BlWbY-Q[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori