Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Zulhuzaimy Selamat Bertunang Dengan...

WALAUPUN pernah melalui kegagalan perkahwinan sebelum ini, pelakon Zulhuzaimy tidak pernah menjadikan perkara...

Najib, Hadi Rakam Ucapan...

SHAH ALAM - Pemimpin pembangkang hari ini merafak sembah ucapan takziah kepada seluruh...

Rakyat Juga Harus Main...

KUALA LUMPUR - Tugas dan tanggungjawab memelihara keselamatan tidak terletak di atas bahu...

Alpaka Tersesat Masuk Dalam...

BRITTANY – Beberapa pekerja kedai cermin mata di Brittany terperanjat apabila menerima pelanggan...

Kutipan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Meningkat Kepada RM146j

KUALA LUMPUR – Kutipan bayaran balik pinjaman pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meningkat kepada RM146 juta pada bulan lepas, berbanding RM57 juta pada Mei 2015, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching berkata ia didorong beberapa inisiatif yang dijalankan seperti pembukaan 71 cawangan PTPTN seluruh negara yang beroperasi sehingga pukul 10 malam bagi memudahkan urusan bayaran balik.

“Selain itu, antara kemudahan lain yang disediakan untuk bayaran balik pinjaman adalah melalui kad ATM, kad kredit dan kad debit,” katanya menjawab soalan Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad (BN-Mersing) yang meminta kementerian berkenaan menyatakan jumlah peminjam PTPTN oleh golongan orang kurang upaya (OKU).

Dalam pada itu, Yap berkata PTPTN belum lagi bercadang untuk mewujudkan skim khas pinjaman khusus untuk golongan OKU kerana setakat ini peluang untuk meminjam adalah terbuka kepada semua warganegara. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori