Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Tiada Pihak Mohon Maaf,...

MANJUNG - Anak kepada mangsa maut dilanggar tayar lori yang tercabut dan melantun...

Saya Sudah Beri Amaran...

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa telah...

Kontraktor Rugi RM8,800 Ditipu...

KUANTAN - Seorang kontraktor kerugian RM8,800 selepas diperdayakan seorang lelaki yang mengambil peluang...

Pelaburan UMNO Bersifat Dalaman...

KUALA LUMPUR - Segala portfolio pelaburan UMNO adalah sulit dan tidak boleh didedahkan...

Laluan Alternatif Ke-2 Jalan Lama Persekutuan KL-Bentong Dibuka

KUALA LUMPUR – Laluan alternatif kedua iaitu Jalan Lama Persekutuan Kuala Lumpur-Bentong dibuka kepada kenderaan ringan pada pukul 11 pagi Jumaat selepas ditutup berikutan banjir lumpur di KM 52.4 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Rabu lepas.

Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam satu kenyataan berkata, kenderaan dari persimpangan bertingkat Bentong (KLK) perlu melalui jalan alternatif kedua itu untuk menuju ke Kuala Lumpur, manakala kenderaan dari Kuala Lumpur kena melalui Jalan Gombak menuju ke Jalan Bentong Lama.

Bagaimanapun, laluan alternatif itu akan dibuka dari pukul 7 pagi hingga 6 petang sahaja kerana laluan itu turut mengalami beberapa hakisan yang masih dalam pemantauan pihak JKR Daerah Bentong bersama-sama syarikat konsesi.

Menurut JKR, jalan alternatif kedua itu akan ditutup kepada semua kenderaan sebaik sahaja Lebuhraya KLK dibuka semula bagi kedua-dua laluan.

JKR menasihati semua pengguna laluan alternatif itu supaya mematuhi papan-papan tanda keselamatan dan memandu dengan berhati-hati kerana terdapat bahagian tertentu diselaputi lumpur dan berkemungkinan licin disebabkan oleh musim hujan.


Menurut kenyataan itu, jentera dan kakitangan JKR serta syarikat konsesi yang terlibat dengan kerja-kerja pembersihan berada di laluan alternatif itu pada waktu siang hari dari semasa ke semasa bagi memberi bantuan kepada pengguna jalan raya sekiranya diperlukan.

Pengguna jalan raya juga boleh menghubungi Bilik Gerakan JKR di talian 03-26107727.

Sejak kejadian banjir lumpur pada Rabu lalu, laluan alternatif utama yang digunakan bagi kedua-dua arah iaitu dari KL-Karak-Kuantan dan sebaliknya melalui dua opsyen iaitu Pelangai-Batu Kikir-Seremban-Kuala Lumpur dan Pelangai-Simpang Pertang-Kuala Klawang-Seremban-Kuala Lumpur. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori