iPhone merupakan salah satu peranti popular di dunia yang mempunyai pelbagai kemampuan menakjubkan.
Sungguhpun begitu, tidak seperti kebanyakan peranti utama Android yang ada di pasaran sekarang, iPhone tidak menyokong pengecasan tanpa wayar.
Ini adalah antara perkara aneh yang dilakukan Apple kerana pengecasan tanpa wayar bukanlah teknologi baru malahan sudah digunakan peranti Lumia 920 sejak 2012 dan Palm Pre sejak 2009.
Latitude ialah casing yang membawakan kemampuan pengecasan tanpa wayar kepada iPhone 6, 6 Plus, 6S dan 6S Plus.
Ia menyokong sistem pengecasan Qi dan PMA yang digunakan oleh kebanyakan pengecas tanpa wayar di pasaran sekarang.
Pada waktu yang sama Latitude juga mampu mengecas iPhone dengan pantas walaupun tanpa menggunakan wayar.
Sekiranya port Lightning diperlukan untuk melakukan pemindahan data,ia masih boleh diakses dengan mudah tanpa cangkerang ditanggalkan sepenuhnya.
Harga jualan bermula dari AS$39 (RM170) sebuah.-MYNEWSHUB.CC
Sumber: Kickstarter