Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pakatan Tak Faham Bahasa...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) tidak faham tentang penggunaan perkataan 'berkenan'...

93 Pelancong Terkandas Di...

PUTRAJAYA - Seramai 93 pelancong asing termasuk 13 rakyat tempatan terkandas di Pulau...

Mangsa Banjir Di Perak...

IPOH - Jumlah mangsa banjir di Perak pada petang ini menurun kepada 280...

Fikirlah: Bahasa Inggeris Perlukan...

MELAKA - Kadar lulus kertas peperiksaan bahasa Inggeris bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...

Lebih 600 Premis Di Sabah Tidak Ada Sijil Perakuan Bomba

KOTA KINABALU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Sabah telah mengenal pasti lebih 600 premis di negeri ini tidak memiliki sijil perakuan bomba yang memastikan sistem kebombaan premis pada tahap terbaik.

Pengarahnya Nordin Pauzi berkata hanya 395 premis sahaja memiliki sijil perakuan bomba selain telah membentuk Pasukan Keselamatan Kebakaran (ERT) di premis masing-masing.

Beliau berkata pihak pengurusan premis perlu memberi komitmen penuh untuk membolehkan premis disijilkan memandangkan proses mendapatkan sijil mengambil masa lebih setahun berikutan harus melalui beberapa pemeriksaan teknikal.

“Ini termasuk menghantar pelan bangunan untuk disemak semula dan JBPM juga akan memeriksa sama ada bangunan memenuhi keperluan kebombaan atau tidak, dan mengenal pasti sistem kebombaan yang diperlukan.

“Mereka perlu melengkapkan semua kriteria dan setelah itu premis perlu menubuhkan pasukan ERT sebelum mendapatkan sijil perakuan, yang diperbaharui setahun sekali,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Latihan Pemantapan Kawad Kecekapan ERT peringkat negeri di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Nordin berkata pihaknya merekodkan sebanyak 17 premis yang sepatutnya mempunyai sijil perakuan bomba telah dibawa ke mahkamah kerana ingkar dalam memenuhi keperluan itu.


Mengenai latihan ERT, katanya, sebanyak 30 pasukan ERT menyertai latihan yang antara lain bertujuan mempertingkat kemahiran dan kecekapan anggota ERT dalam aspek pencegahan kebakaran dari semasa ke semasa.

Katanya JBPM memerlukan pasukan ERT yang terlatih memandangkan ia berperanan sebagai penggerak pertama yang bertindak lebih awal dalam mengawal kebakaran dan lain-lain kecemasan.

“Pasukan ERT boleh membantu JBPM dalam mengawal dan memperlahan kes kebakaran atau kecemasan lain dengan kecekapan dan kepakaran mereka, terutama di premis yang jauh dari balai bomba,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori