Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jabatan Peguam Negara Terima...

PUTRAJAYA - Jabatan Peguam Negara telah menerima kertas siasatan berkaitan 1Malaysia Development Bhd....

Sepasang Kekasih Ditahan Aktif...

KOTA BAHARU - Polis menahan sepasang kekasih dipercayai anggota kumpulan 'Stopa Pohon Seto'...

Gerakan Senaraikan Calon Bawah...

GEORGE TOWN - Parti Gerakan Pulau Pinang bakal membariskan calon-calon muda yang berusia...

Mangsa Amukan Suami Di...

HULU TERENGGANU - Mangsa amukan suami sendiri kini dilaporkan stabil dan masih menerima...

Lebuh Raya SMART Tawar Diskaun Tol 20% Bersempena Deepavali

KUALA LUMPUR – Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn. Bhd. (SMART) akan menawarkan diskaun tol sebanyak 20 peratus kepada semua pengguna lebuh raya itu bersempena perayaan Deepavali yang disambut pada 10 Nov ini.

Ketua Pegawai Operasi Lebuh Raya SMART, Mohd Fuad Kamal Ariffin dalam satu kenyataan hari ini berkata pengguna lebuh raya akan menikmati diskaun berkenaan dari pukul 6 pagi Selasa (10 Nov) hingga 6 pagi Rabu (11 Nov).

“Kadar tol selepas diskaun yang dikenakan hanyalah RM2.40 berbanding kadar biasa iaitu RM3 untuk setiap hala masuk dan keluar Kuala Lumpur.

“Diskaun tol yang diberikan ini merupakan komitmen sosial syarikat kami kepada pengguna yang menggunakan Lebuh raya SMART pada hari perayaan tersebut,” katanya.


Untuk sebarang maklumat lanjut, pengguna lebuh raya boleh melayari laman sesawang SMART di www.smarttunnel.com.my, atau di laman Facebook SMART Tunnel, Twitter @Smarttunnel atau berhubung di talian bebas tol 1300-88-7188 untuk sebarang pertanyaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori